web 2.0

Monday, November 9, 2009

Teknik Tiru Dalam 'Exam'



Kebanyakkan orang pernah tiru dalam 'exam'. Tak kirala 'exam' atau 'test', mesti ada orang akan cuba meniru. Sebab meniru mungkin kerana tidak tahu jawapan atau tidak tahu cara menjawab. Kalau nak difikirkan, orang yang suka meniru ni memang kreatif. Macam-macam cara yang dibuat semata-mata  untuk mendapat jawapan dalam exam

Aku pun dulu merupakan salah seorang yang meniru dalam kelas tapi sekarang dah tak buat lagi..hehe Antara teknik yang pernah aku praktikkan:

1) Cara lama macam tanya orang tapi orang yang ditanya mestila orang yang betul-betul percaya. Kalau tak, bocorlah rahsia. Lagi satu, kalau nak tanya jangan tanya kuat sangat sampai satu dewan dengar. Nanti 'kantoi' pula.

2) Tanya orang tapi guna signal tangan. Teknik ni mestilah difahami oleh kedua-dua belah pihak. Kalau sebelah pihak yang faham, tak guna juga

3) Tulis soalan dalam kertas kecil, pastu secara diam-diam 'pass' kat orang yang kita percaya.

4)  Tulis 'sms' dalam 'hanphone' tapi cara ni tak boleh pakai lagi sebab nak masuk dewan peperiksaan mesti kena keluarkan 'handphone' dari kocek

5) Tukar kertas jawapan dengan orang yang kita percaya, pastu salin jawapan dia. Kalau boleh orang yang duduk di sebelah kita, kalau jauh tak boleh dipraktikkan.

6) Dulu kalau nak tiru dalam 'exam' mesti buka buku atau kertas yang disalin terlebih dahulu sebelum masuk dewan. Tapi rasanya teknik ni tak boleh pakai lagi.

7) Simpan buku dalam tandas, kalau boleh di tempat tersorok. Bila ada soalan yang kita tak tahu, angkat tangan dan minta pada pengawas peperiksaan dengan alasan hendak pergi tandas.

Aku tulis ni pun sebab sempena minggu exam yang kita hadapi sekarang. Kalau ada sesiapa ada teknik lain, bolehlah kongsi bersama. 'Good luck' pada semua ya. ;P








p/s: pada sesiapa tidak meniru, tahniah diucapkan. 'Exam' merupakan tempat menguji setahap mana keupayaan kita. Semoga berjaya. Minggu depan aku ada 'first paper', takut gak..


blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails