web 2.0

Sunday, December 6, 2009

Ada Kereta, Ada Perempuan...



Okay idea kali ni tentang apabila lelaki ada kereta sediri, senang ke diorang nak mengurat perempuan? Kalau nak diikutkan secara peredaran zaman. Zaman dulu apabila lelaki ada scooter, mesti dipandang hebat. Kereta pada masa tu mungkin mahal sangat bagi orang Melayu ketika itu. Cuba lihat dalam cerita atau filem lama-lama, masa zaman television hitam dan putih. Kebanyakkan lelaki yang ada scooter, mesti ada perempuan di belakangnya.

Berlaianan pula di zaman sekarang. Lelaki yang mempunyai kereta sendiri, boleh dianggap mempunyai bonus tambahan jika ingin mengurat perempuan. Yela...kalau takat pakai moto, sesiapa pun tak pandang sangat. Tapi adakah ini benar? Mungkin pada pandangan perempuan tentang lelaki yang berkereta. Mesti mamat tu anak orang kaya sebab mampu beli kerata sendiri. Kalau takat pakai moto, kebanyakkan mereka mesti berfikir, keluarga mamat ni orang sederhana saja.

"Mamat ni tak sesuai dengan I yang anggun ni"
(peh...materialistic ni)

Okey, senang cerita bila ada kereta sendiri. Senang nak tackle mana-mana perempuan dengan alasan senang nak pergi dating sama-sama. Ala-ala romantik gitu. Lagi-lagi kalau kereta yang dipakai tu, kereta mahal belaka. Lagi la terbeliak mata perempuan tu..hehe Bila dah dapat perempuan. Bagaimana pula kenyataan dalam pandangan lelaki:

1) Kebanyakkan duit minyak habis digunakan ketika nak dating. Yela..harga minyak kan semakin hari semakin naik.

2) Penat dan lenguh badan sebab lama memandu, dengan kata lain jadi driver la. Lagi-lagi bila dah kena dengan jam di jalan especially di Kuala Lumpur ni. Lagi la penat cik abang ni..

3) Ada yang merungut sesetengah perempuan memang jenis tak caring langsung pada boyfriend masing-masing. Kejap-kejap nak naik kereta. Dekat pun nak naik kereta. Mungkin perempuan ni nak tunjuk yang diorang jenis yang 'up' sikit pada orang lain. Yela...konon orang akan cakap:
"Bertuah perempuan tu dapat laki kaya macam tu"

4) Bila dah ada kereta sendiri, mesti kena jaga kan. So, kereta tu mesti diservice untuk maintain prestasinya. Service kereta bukan macam service motor, murah. Harga service kereta memang tinggi, terutama pada yang masih belajar. Kecuali mereka yang betol-betol mampu..

Pada yang ada kereta sendiri, berpada-padalah. Zaman sekarang ekonomi pun tak stabil lagi. Jangan banyak sangat belanja. Pada perempuan especially yang ada pakwe berkereta, bertimbang rasa la sesama pasangan. Time ni la nak kena belajar bertimbang rasa sebagai persiapan di alam perkahwinan. InsyaAllah...Alright guys, adios

p/s: Kalau lelaki pakai moto mengurat perempuan, apa perempuan tu fikir?
"Mamat ni mat rempit ke?" hehe=)

-------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------

Sudah Membaca Sila Tinggalkan Pesanan....Supaya Diri Penulis Ini Berasa Kelegaan....Kerana Itu Merupakan Satu Penghargaan...

-------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails