web 2.0

Tuesday, December 1, 2009

Business Internet Penipu?




Waktu sekarang ni jika dilihat dalam surat khabar macam-macam peluang perniagaan yang ada. Ada yang mejanjikan pulangan duit yang banyak dalam masa yang singkat. Ramai orang terpedaya dengan skim cepat kaya ni terutama sekali orang Melayu tu sendiri. Yela...siapa tak nak kaya kan.

Macam-macam perniagaan yang ditawarkan. Yang paling kerap perniagaan yang ditawarkan adalah dengan mencari orang  atau dikenali 'downline'. Bukan senang nak menacari orang untuk menjadi downline kita. Dulu perniagaan ni dikenali dengan multi level marketing (MLM). Tapi setelah beberapa lama, sistem ni telah diubah menjadi sistem affiliate pula. Kalau nak diikutkan kedua-dua sistem ni lebih kurang sama saja, iaitu mencari orang.

"Kau masuk la business ni, best. Tak susah pun, kau just cari orang je. Business ni lain dari yang lain. Kau tak payah susah payah buat kerja. Kau just cari 2 orang jadi downline ko, pastu downline ko pun buat benda yang sama. Dalam masa setahun kau dah boleh jadi jutawan..."

Ini biasa kita dengar kalau orang tu nak jadikan kita downline dia. Mula la janji manis yang mengatakan business ni halal la, ada lesen, dan macam-macam lagi. Yang tak tahan, kalau kita tak minat. Dia still paksa kita suruh masuk. Kalau taknak lagi, mula la cakap...

"Kau ni sombong la. Buat penat je aku explain panjang-panjang. Macam ni la cara kau tolong kawan. Kau buat la business kau yang dah ketinggalan zaman tu.

Tensionnya kalau dengar. Lepas daripada tu terus lost contct....




Ada juga perniagaan yang berkonsepkan kerja dari rumah. Contohnya kerja menaip dari rumah boleh dapat RM2,000 sebulan atau lebih kalau rajin. Ramai dah tertipu pasal kerja menaip ni. Mula-mula diorang akan interview macam biasa. Lepas tu mula suruh kita bayar sebagai yuran atau service dia. Bila dah bayar, diorang akan suruh kita tunggu panggilan dari syarikat diorang. Mesti la orang yang dah bayar tu tertunggu-tunggu panggilan dari syarikat dia. Bila lama sangat tunggu, pergi sana tengok syarikat tu telah berpindah ke tempat lain. Kesian siapa yang kena tipu tu




Sekarang ni pun dah makin advance, terutama sekali perniagaan internet. Ada perniagaan yang just suruh orang klik je untuk dapat duit tapi kalau nak masuk kena bayar certain amount. Makin tinggi kita bayar, makin banyak komisyen yang kita akan dapat. Siap ada testimoni tu. Kemungkinan besar testimoni tu hanya rekaan semata-mata. Macam-macam la sekarang ni. Yang kena tipu pun ramai gara-gara nak cepat kaya. Harap korang kalau nak masuk certain business tu, kaji dulu sebelum masuk. Takut nanti menyesal di kemudian hari

p/s: agak-agak orang masuk business ni dah jadi jutawan ke? tapi kenapa tak pernah nampak muka diorang dalam majalah tentang jutawan baru di Malaysia ye? =)

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails