web 2.0

Sunday, January 3, 2010

Aku Taknak Naik Teksi Macam Ni!!!!



Salam readers,

Kalau nak diikutkan, aku lagi selesa naik kenderaan sendiri dari naik kenderaan awam. Naik kenderaan awam macam komuter, LRT, bas dan teksi memang memudahkan. Tapi ada juga yang menyusahkan. Antara semua kenderaan awam, aku paling tak suka naik teksi. Kadang-kadang geram juga pada driver teksi. Antara jenis teksi yang aku tak suka naik:

1) Teksi yang takde meter. Bila dah takde meter tambang, mula la driver ni bagi charge sesuka hati diorang. Yang dekat pun kena charge mahal. Kalau diorang dapat pelancong asing lagi teruk. Berganda-ganda diorang tambah. Pernah couple dari New Zealand (tak silap aku) tanya aku..

"Why do all the taxi in Malaysia charge all the foreigner so expensive compare to local?"

So, korang agak aku jawab ape?

"I'm not sure about it because I usually travel by my own ride" (cover skit...hehe)

2) Ada juga teksi yang suka memilih penumpang. Ni dah macam terbalik pula. Selalunya penumpang je yang boleh pilih teksi. Yang paling geram bila diorang ni taknak bawa ke destinasi yang kita nak pergi dengan macam-macam alasan. Ada yang kata:

"Jauh sangat la dik. Pakcik tak lalu situ. Lagipun sana selalu jam"
"Nak ke sana ada banyak tol. Pakcik penat la kalau pergi sana"

3) Kalau driver tu friendly, okey la. Tapi kalau friendly sangat, aku rasa lain macam pula. Pernah aku naik teksi, si driver ni cerita pasal sex. Gila apa...aku pun cuak. Sebab dah naik teksi tu, terpaksa la aku diam sambil tersenyum tawar. Bukan senyum sebab suka tau...ingat aku ni gay ke? hehe

4) Aku pernah kena dengan driver yang kurang ajar. Aku tegur la yang tambang dia ni mahal dari biasa sebab aku selalu naik teksi kat area tu. Dia boleh pula, maki hamun balik dengan alasan

"Aku dah selalu bawa teksi. Aku tau la berapa harga dia."

Bagi aku teksi kat Malaysia boleh dikatakan teruk perkhidmatan dia. Aku nak compare dengan teksi negara jiran, Singapore. Memang jauh beza. Contohnya:

1) Setiap teksi kat Singapore mempunyai meter dan kita bayar ikut meter tu tetapkan. So. tiada penipuan yang berlaku.

2) Biasanya diorang akan suruh kita naik, pastu baru tanya nak pergi mana. Ada seorang driver teksi cakap

"We are not like Malaysian's taxi. Asking the direction outside the car to the passangers"

3) Bila dah bayar tambang, diorang akan bagi resit. Resit ni berguna untuk membuat aduan jika kita tak puas hati dengan perkhidmatan diorang. Kalau nak trace barang yang tertinggal dalam taxi pun boleh.

Bila la perkhidmatan teksi kat Malaysia nak maju?

p/s: teringat Menteri Besar Selangor pernah cakap perkhidmatan teksi lebih teruk dari tandas awam. Aku pun tak sure nak cakap betol atau tak...

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails