web 2.0

Saturday, January 23, 2010

Bertudung Atau Free Hair?



Salam readers,

Sorry lama menyepi, busy sikit....hehe Okey, back to our story. Sekali lagi tajuk berkenaan dengan perempuan. Yela...aku kan lelaki, so mesti tulis entry pasal perempuan. Kalau tulis pasal lelaki, kena orang perempuan yang buatkan ek..tak ke gitu? Kali ni pasal perempuan bertudung atau tak. So, apa ciri-ciri idaman perempuan yang korang minat?

Biasanya lelaki akan memilih perempuan yang bertudung. Kalau aku ditanya soalan yang mana perempuan yang aku minat. For sure aku akan memilih perempuan yang bertudung. Bagi aku, perempuan yang bertudung ni memiliki semua sifat-sifat kewanitaan yang ada..

Perempuan yang bertudung biasanya lebih ayu dan lebih cantik dari perempuan yang free hair. Memang tak dinafikan, ada perempuan free hair yang cantik dengan rambut yang telah direbondingkan, muka putih comel dan memiliki lesung pipit. Cuba kalau perempuan free hair ni pakai tudung. Mesti nampak lagi ayu dan cantik. Sebab tu tuhan suruh perempuan pakai tudung. Mesti ada sebabnya...

Aku amik contoh iklan Nescafe Fara Fauzana. Di Kelantan, semua iklan perempuan mesti wajib bertudung. So, korang akan nampak iklan Fara Fauzana bertudung kat Kelantan. Kat tempat lain, Fara free hair je. Cuba compare kan. Bagi aku, bila Fara Fauzana bertudung nampak lebih ayu dari free hair.

Bagi zaman sekarang, ramai orang akan cakap. Tak semua orang bertudung tu baik. Malah orang yang free hair tu lagi baik dari yang bertudung. Bagi aku memang ada betolnya. Banyak masalah sosial sekarang melibatkan orang yang bertudung. Video lucah pun banyak yang melibatkan perempuan yang bertudung dari yang free hair (ni pendapat kawan aku la..bukan aku tau...hehe)

Tapi bagi aku, kan bagus kalau perempuan yang free hair, baik, sopan santun dan perangai pun baik. Apa salahnya bertudung kan. Mesti orang itu akan memiliki ciri-ciri perempuan melayu terakhir. Ayu je gitu.

Ada yang cakap macam ni:

"Aku tak ready la nak bertudung ni. Buat apa bertudung tapi tak iklas. Nantilah aku pakai bila dah ready"

Bagi aku, ni bukan soal ikhlas ke tak, lagipun ada ke dalam Quran dan Hadith cakap bertudung ni apabila hati ikhlas saja. Yang tak ikhlas tak perlu pakai tudung. Ada ke?

Malah ada juga orang yang anggap bertudung ni hanya sebagai fesyen semata-mata. Kalau ke kelas mesti bertudung, kalau keluar berjalan-jalan free hair pula. Adakah bertudung ni sekadar berfesyen atau tuntutan agama?

p/s: Kalau nak buat isteri, perempuan mana yang korang akan pilih? Yang bertudung ke atau tak? =)

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails