Friday, September 18, 2009
Azam Biasa Bulan Puasa
Assalamualaikum,
Seperti tahun baru, bulan puasa pun ramai yang tanam azam dan banyak juga azam yang terus tertanam dan ade juga yang terkubur. Antaranya ialah...
1)Nak puasa penuh
Dari puasa separuh hari ketika darjah satu hingga kini bila dah ada anak, satu pun puasa tak pernah penuh. Tiap tahun asyik berazam aje tapi takde usaha. Usaha untuk cari kedai yang buka waktu siang adelah
2) Nak solat Terawih
Mula dari hari pertama puasa lagi semua pakat turun ke masjid dengan niat nak buat Terawih setiap malam selama sebulan tapi kebanyakkannya cuma berjaya setakat seminggu aje. Itupun buat lapan dah cabut
3) Nak berhenti merokok
Siang hari biasanya OK aje sebab takde bau asap rokok tapi bila buka puasa aje sorang-sorang macam serombong kapal. Berkepul-kepul asap yang keluar. Ada yang sanggup buka dengan kurma aje pastu terus cari rokok. Siap Qada' lagi beberapa batang yang miss waktu siangnya
4) Nak banyakkan amal
Nak sedekah tapi duit takde, nak buat terawih tapi letih, nak berzikir tapi tekak kering, nak berhenti daring awek tapi tak kuat iman. Pendeknya ada aje alasan untuk tidak beramal dan terus mungkar
5) Nak taubat
Bulan puasalah masa yang paling sesuai untuk kembali ke pangkal jalan tapi masalahnya banyak sangat jalan alternatif yang lebih menarik sampai tak sedar yang jalannya dah nak sampai ke "penghujung jalan". Apabila berada di "penghujung jalan", baru la nak buat amal
Puasa pun sudah hampir habis, adakah azam kita masih tertanam dan tercapai atau terkubur begitu sahaja. Renungkan
wassalam
blog comments powered by Disqus