Aku sebagai lelaki mungkin dapat mengagak kenapa lelaki curang. Tapi jangan sebabkan seorang yang berlaku curang, lelaki lain yang jadi mangsa tuduhan curang juga. Apa yang aku senaraikan ini mungkin akan menyebabkan ada orang terasa. Minta maaf aku ucapkan terlebih dahulu. Antara sebab lelaki berlaku curang:
1) Kebanyakkan lelaki tidak suka dengar leteran dari perempuan. Lebih-lebih lagi kalau kesalahan yang dilakukan itu mungkin kecil sahaja. Tak perlulah meleter berjam-jam lamanya.
2) Tidak suka peristiwa yang lepas diungkit-ungkitkan. Biasa ini berlaku apabila membuat leteran. Sudahlah berleter panjang-panjang, ditambah dengan peristiwa pahit yang diungkit-ungkitkan. Lagilah sakit hati..
3) Ada sesetengah lelaki bersikap pendiam dan kurang bersosial. Oleh sebab itu, kebiasaanya bagi lelaki jenis ini memilih perempuan yang kurang bersosial juga, tapi tidak semua macam tu. Apabila dapat tahu pasangan mereka suka bersosial, bercampur-gaul dengan lelaki lain dengan senang hati. Kebanyakkan mereka akan rasa cemburu. Tapi itu bergantung kepada individu masing-masing, ada yang tidak berperangai macam tu.
4) Lelaki tidak suka dikongkong hidupnya. Yang ini aku sering dapat aduan daripada kebanyakkan lelaki. Buat kerja ini kena report, buat kerja itu kena report. Sepanjang masa kena tahu apa yang dibuatnya. Kalau tidak reply sms, mulalah berburuk sangka. Dah jadi satu pergaduhan.
5) Kebanyakkan lelaki suka perempuan yang lemah lembut dan sejuk mata memandang. Kalau perempuan itu ala-ala 'tomboy', ganas dan suka mencarut-carut. Memanglah tak boleh tahan
6) Yang terakhir, memang salah lelaki itu sendiri kerana tidak setia pada pasangan mereka masing-masing. Kalau jenis ini, memang tak payah layan. Buat sakit hati kaum Hawa pula.
Tidak ada seorang manusia dijadikan sempurna dalam dunia ini. Segala kelemahan dalam diri masing-masing boleh diimprovekan (betul ke perkataan ini..hehe) dan dibawa berbincang secara aman. Kalau bincang tapi huru-hara, tak best juga kan....:P
p/s: yakinlah dengan kata-kata:
'Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya'