web 2.0

Friday, November 13, 2009

Jalan Paling Leceh Di Dunia

Jalan yang aku maksudkan ini ialah Federal Highway di Moscow city - Yakutsk City. Jalan ini tidak disaluti tar langsung walaupun namanya lebuhraya. Apa yang ada hanya tanah dan lumpur saja. Jalan ini memang leceh betul terutamanya apabila hujan turun. Bayangkan apa yang terjadi pada tanah apabila basah. Mesti jadi lembut punyakan?

Setiap kali hujan turun, 600 kenderaan akan sangkut di sini selama beberapa hari akibat lumpur. Bagi kereta 4x4, mungkin boleh mengharunginya tetapi bagi kereta biasa, tiada apa yang boleh dibuat. Apabila tersangkut di tengah jalan, rasa lapar dan kekurangan petrol memang perkara biasa akan berlaku. Ada yang mengatakan orang ramai akan memecahkan lori, semata-mata untuk dapatkan makanan dan pakaian panas

Ada laporan memberitahu, seorang perempuan terpaksa melahirkan bayi dalam bus awam. Sedihkan dengar? Pihak jurutera dikatakan takut untuk menonjolkan diri kerana sebelum ini mereka telah dipukul beramai-ramai yang tersangkut di situ selama beberapa hari. Bayangkan negara kita ada highway macam ni, mesti tak keluar rumah punya..


























p/s: kita di Malaysia sering merungut kerana adanya banyak tol di highway. Kalau diorang yang berada di Rusia pindah Malaysia, adakah diorang akan merungut juga? ;p


blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails