web 2.0

Sunday, November 22, 2009

Seksi Sebab Panas!?



Aku dapat idea ni pun apabila aku keluar pergi berjalan pastu ternampak seorang perempuan. Sungguh menggiur sekali. Seksi sehingga menjilat jari..haha Kalau orang tengok perempuan tu mesti akan toleh dua kali punya. Kalau tak, mungkin sebab iman dia kuat atau pun sebab takut bini kat sebelah..hehe

Biasanya seksi ni kita merujuk pada golongan perempuan berbanding lelaki walaupun ada juga lelaki yang seksi. Kategori seksi ni termasuk la baju nipis yang boleh nampak dalam, baju baby size, nampak alur di dada. Pakai seluar ketat. Tak pun short yang takat peha saja. Kalau badan tu berkurap aku rasa tak mungkin la diorang nak tunjukkan 'keindahan ciptaan tuhan' kan...hehe

Maksud seksi ni subjektif. Biasanya kita selalu anggap orang yang pakai baju tak cukup kain je dikira seksi. Ada juga orang beranggapan perempuan pakai baju kurung pun seksi. Ada pula yang berjubah pun dianggap seksi. Yang ni aku tak tau spesis mana pula yang anggap macam tu sekali...hehe

Aku pernah juga terbaca satu survey berkenaan hal ni. Rata-rata memberitahu bahawa mereka pakai baju ni sebab saja-saja atau pun lebih selesa pakai baju macam ni. Mungkin sebab untuk mengikut trend fashion masa kini. Lagipun ramai anak muda sekarang suka pakai baju yang berfashion trend baru. Kalau yang lawa tu kira okey la bagi aku. Tapi yang berfashion pelik macam bukan orang bumi pun ada juga. Macam-macam ragam manusia sekarang ni..

Ada juga kata cuaca sekarang semakin panas akibat pemanasan global. Jadi mereka rasa lebih selesa pakai baju yang nipis dan singkat dengan alasan dapat melancarkan peredaran udara. Mm..kalau nak diikutkan hampir semua bangunan kat Malaysia ni ada air-cond. Tak mungkin la rasa panas lagi, kalau rasa sejuk adalah juga.

"Ala..kiteorang nak fashion. Kau apa nak sibuk-sibuk. Ni baru dinamakan fashion alaf baru..."

"Gila apa alaf baru...macam orang miskin adalah. Dahlah tak cukup kain"

Fashion pun fashion juga tapi janganlah terlalu menonjol. Silap hari bulan menarik perhatian sang buaya pula, pastu gorila pun ikut join sekali...haha Lagi bagus ikut cara diajar agama sebab ada hikmah disebalik suruahan agama itu. Cuma kita saja yang tak sedar...

p/s: teringat pula berita purdah dilarang pakai di Mesir. Kenapa ya?

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails