web 2.0

Thursday, November 19, 2009

Skodeng Perempuan Tunjuk 'Barangnya'

Off topik sekejap. Kira-kira seminggu aku tidak online gara-gara exam yang aku hadapi lalu. Mana tidaknya sibuk apabila tiada cuti sebagai persediaan untuk belajar sebelum peperiksaan atau dikenali dengan 'study week'. Ditambah lagi dengan peperiksaan dilakukan setiap hari. Memang tiada masa hendak 'online' dan update blog aku ni. Sekarang syukur Alhamdulillah aku berjaya melepasi hari-hari yang tertekan bagi aku dan kembali aktif.

Kembali kepada topik, aku rasa ramai orang dah mengetahui maksud skodeng. Dulu aku pun tidak mengerti maksud skodeng ni. Bagi yang tidak tahu maksud skodeng, skodeng adalah perbuatan melihat sesorang secara bersembunyi tanpa kebenaran tuan punya badan itu sendiri. Dengan kata lain maksud skodeng adalah mengintai orang. Aku tidak pasti sama ada ejaannya 'sekodeng' atau 'skodeng'. Mana-mana pun membawa kepada maksud yang sama

Kalau hendak diikutkan senarai carian bagi perkataan 'sekodeng' atau 'skodeng' di Google, terdapat lebih kurang 33,000 carian selalu dibuat di laman web tersebut. Macam-macam ada seperti skodeng perempuan, skodeng mandi, skodeng tudung dan yang menjadi pilihan skodeng artis. Biasalah orang melayu sekarang lebih berfikiran terbuka sehingga menjadikan perkataan berbaur seks sebagai carian mereka.

Sebagai contoh lain, surat khabar Metro juga telah menjadi surat khabar pilihan orang Melayu kerana setiap hari muka depannya dihiasi dengan tajuk yang panas. Kalau sekali tengok tajuk muka depan pada Metro, boleh buat pandang dua kali..hehe =P Berkenaan hal Metro, aku juga telah tulis entry pada bulan lepas...

Kalau lihat di Youtube, hasil carian perkataan skodeng pun mempunyai rating yang tinggi. Ada video yang mencapai sehingga 1,000,000 pengunjung. Kebanyakkannya melibatkan budak perempuan institut pengajian tinggi (IPT). Ada yang tidak tahu aksi perbuatan mereka telah dirakam. Malah ada juga yang sengaja merakam perbuatan mereka untuk tatapan ramai. Kadang-kadang jijik dan menyampah aku melihat orang jenis macam ni..=(

Tajuk di atas sengaja aku letakkan untuk melihat sama ada korang ni berfikiran 'kuning' atau tidak...hehe




p/s: takut jugak apabila fikirkan apa yang akan berlaku jika didapati video itu adalah salah seorang ahli keluarga kita. Malunya..


blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails