Majoriti masyarakat Malaysia tahu dan minat mengenai Ferrari termasuk aku juga. Apabila terpandang kereta jenama Ferrari lalu depan mata, semua mata akan tertumpu pada kereta tersebut sehingga kereta tersebut hilang dari pandangan. Kalau nak beli tak mampu, cuma boleh lihat sahaja la.
Sekarang aku nak cerita mengenai taman tema Ferrari yang sedang dibangunkan di Abu Dhabi. Taman tema itu basih belum siap lagi dan dijangka akan siap pada 2010. Bagi sesiapa hendak melancong ke Abu Dhabi pada waktu sekarang, kena tangguhkan dulu la rancangan itu sebab taman tema itu tak siap lagi.. xD
Lokasi taman tema ini berada di Pulas Yas di Abu Dhabi. Dalam taman tema ini terdapat banyak hiburan untuk seisi keluarga. Lebih kurang 24 jenis hiburan terdapat di sini (banyak tu..mesti lenguh kaki nak jalan..hehe). Antaranya terdapat teater yang berteknologi terkini (mungkin 'graphic' dan 'sound sistem' canggih) dan pameran kereta Ferrari dari zaman dulu hingga sekarang.
Sejarah mengenai syarikat pun ditayangkan. Apabila anda rasa penat berjalan. makanan dan minuman turut disediakan. Tetapi aku rasa makanan kat sana mesti kena beli. 'Roller coaster' juga terdapat di dalam taman tema ini, yang merupakan 'roller coaster' yang terlaju di dunia yang mencapai kelajuan 200 km/jam yang mengelilingi taman tema tersebut. Kelas memandu juga disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa dan 'test driving' kereta Ferrari. JPJ tak de kat sini mungkin kelas memandu ni korang senang lepas la...hehe
p/s: terfikir pula apa perasaan apabila menaiki kereta Ferrari yang sentiasa mencuri tumpuan orang.