web 2.0

Friday, December 11, 2009

Kuat Makankah Anda?



Rupanya tabiat makanan juga memainkan peranan dalam kesihatan kita. Jika cara permakanan yang tak betul, muncul lah macam-macam penyakit. Contohnya macam obesiti, darah tinggi, sakit jantung, kencing manis...Rasanya hampir semua orang dah tahu perkara ni kan. Kalau boleh nak dielakkan. Tapi biasalah kata orang, orang muda mesti enjoy dulu apa yang ada. Dah tua baru control pemakanan. Lebih kurang macam pemikiran aku juga, sebab aku ni pun main balun je makan apa saja. Rezeki tuhan takkan tak nak rasa kan...

Kali ni aku nak share ilmu yang ada ni kat korang semua. Ilmu yang korang dapat ni pun, boleh la korang sampaikan kat orang lain. Sebab ni untuk manfaat bersama. Ini tips makanan yang diamalkan oleh Rasullulah S.W.T sendiri. Bak kata ustaz, apa yang dilakukan oleh nabi jika diikut dapat pahala. So, boleh la amal kan...

1) Jangan makan SUSU + DAGING

2) Jangan makan DAGING + IKAN

3) Jangan makan IKAN + SUSU

4) Jangan makan AYAM + SUSU

5) Jangan makan IKAN + TELUR

6) Jangan makan IKAN + DAUN SALD

7) Jangan makan SUSU + CUKA

8) Jangan makan BUAH + SUSU

9) Jangan makan BUAH selepas makan nasi, sebaliknya makan BUAH DAHULU, baru makan nasi

10) Jangan minum air selama kira-kira setengah jam selepas makan. Ini sebagai membantu sistem pencernaan

11) Makan apabila rasa lapar sahaja

12) Jangan makan sehingga kenyang, berhenti sebelum rasa kenyang..

Ada yang nampak pelik kan. Ada yang mengatakan makanan campuran yang dilarang disebabkan untuk mengelak campuran tindak balas ion. Contohnya daging mempunyai ion positive dan ikan mempunyai ion negative. Tindak balas kedua ion ni menghasil tindak balas biokimia. Tapi secara peribadi saya tak confirm kebenaran teori ni. Mungkin anda boleh buat kajian tentang hal ni...

p/s: kalau ikut hadith sahih, perut Rasullulah S.W.T tidak buncit. Malah kurus saja dan ada yang mengata badan nabi tegap. Tapi kenapa aku tengok umat nabi sendiri ramai perut buncit? hehe..=)


-------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
Sudah Membaca Sila Tinggalkan Pesanan....Kerana Itu Merupakan Satu Penghargaan....Supaya Diri Penulis Ini Berasa Kelegaan....
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails