web 2.0

Friday, December 11, 2009

Sedih Jadi Pengantin Baru...



Sedih tak kalau orang yang baru kita lafaz nikah dalam masa 3 jam, lepas tu pergi tak kembali? Mesti sedih gila kan. Tu yang aku fikirkan bila baca surat khabar Kosmo hari ni. Sadis tol... Pengantin lelaki, Mohd Ariff Ab. Kadir, terlibat dalam kemalangan bersama ahli keluarganya yang hanya berjarak 5 kilometers dari rumahnnya.

Pasangannya, Teh Afiffah Syahirah Abdul Hamid, yang baru 3 jam dinikah mesti terkejut menerima berita ni. Siapa yang tak terkejut kan? Tapi beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari. Difahamkan kedua-dua pasangan ni bercinta sejak di kolej lagi.

Okey, semua orang mesti rasa simpati dengan pengantin perempuan. Mana taknya, majlis perkahwinan dah bertukar menjadi majlis tahlil arwah. Kalau kita berada di situasi macam ni, boleh ke kita menghadapi ujian ini? Kalau aku sendiri, tak terbayang...sedih woo. Kalau diperhatikan betol-betol, setiap yang berlaku pada diri kita mesti ada sebabnya. Dan setiap ujian tuhan ada hikmah di sebaliknya. Hanya kita perlu bersabar dan berfikiran positive...

p/s : Al-Fatihah kepada mangsa kemalangan..semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin...

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails