Sunday, December 27, 2009
Perangai Artis Malaysia...
Aku selalu berfikir best ke jadi artis ni? Apa perasaan jadi popular? Betol ke jadi artis ni boleh dapat banyak duit? Aku rasa semua orang pernah berfikir hal macam ni. Tapi aku kadang-kadang meluat la tengok perangai artis Malaysia. Aku tak kata semua, tapi majority nye. Ni pun berdasarkan pada lama web gosip-gosip artis yang aku tengok. Apa yang aku dapat simpulkan:
1) Ramai artis sekarang dah pandai buat kerja tak senonoh secara terbuka. Contoh paling banyak berlaku ramai artis pergi ke night club. Pastu teguk arak depan orang ramai. Dah la mamat ni famous satu Malaysia. Senang cerita korang pergi je kat Jalan P.Ramlee atau PJ
2) Sekarang ni banyak dah ada pertandingan menyanyi. Contohnya Akademi Fantasia, One In The Million dan macam-macm lagi la. Aku pun bukan nya amik tau sangat pun. Kalau tengok betol-betol, ramai orang muda melayu yang nak masuk pertandingan. Yang pelik nya tak de pula kaum lain yang masuk. Melayu je...kenapa ye?
3) Kalau perhati betol-betol, apa agaknya kelulusan akademik diorang. Majority nya kelulusan takat SPM je..Kalau nak compare, aku paling respect arwah Sudirman, dia ada degree in law. Pastu famous...memang orang banyak respect dia. Cara dia cakap pun berbeza dengan orang tak de dengree yang main lepas mulut je
4) Sekarang ni kalau artis kahwin mesti nak cari yang orang luar negara. Adeh...orang Malaysia dah pupus ke. Dah la kahwin dengan orang agama lain. Ingat nak bimbing diorang dalam agama Islam senang ke?
5) Kalau nak pergi umrah atau haji. Satu malaysia dia bagitau. Kononnya nak bagi contoh yang baik kat peminat. Kalau betol tak pe la...ni tak, bila dah balik Malaysia. Ingatkan dah berubah...rupanya sama saja...
6) Bagi artis perempuan lak...kalau nak kahwin mesti nak cari yang pangkat datuk atau VIP. Lepas tu bagi alasan diorang ni penyayang, lemah lembut, dan gentle. Katakan orang tu kerja penyampu sampah tapi ada semua ciri tu..nak ke dia. Obviously, mata duitan diorang ni....
7) Bila dah jadi artis, semua nak perfect. Sampaikan wajah anugerah tuhan pun diubahnya sedangkan anugerah tuhan memang dah cukup bagus untuk kita. Kesannya....muka dah nampak macam plastik. Hodoh betol kalau tengok....
8) Kalau bab video lucah artis ni aku tak beberapa sure la. Nak kata betol, dia nafikan. Tapi nampak macam real. Memang takde kesan edit langsung...mungkin pelanduk dua serupa (bersangka baik)
Bila dah jadi artis, tugas dia bukan setakat penyanyi atau pelakon tapi lebih pada contoh tauladan pada peminat. Kalau ada peminat fanatik lagi teruk, memang diorang tiru betol-betol perangai artis yang diorang minat. Kalau lama-lama macam ni, hancur la bangsa kita..
p/s: kenapa aku tengok artis cina dan artis india tak de gosip panas-panas? boleh dikatakan artis melayu je...kenapa ya?
blog comments powered by Disqus