web 2.0

Wednesday, December 30, 2009

Super Junior With Sorry Sorry



Salam readers,

Aku nak tanye skit, siapa kenal kumpulan pop Super Junior? Mugkin  ada yang kenal especially orang minat cerita korea. Aku pun kira baru kenal juga dengan kumpulan Super Junior ni. Memandangkan semua roomate aku sendiri suka tengok cerita korea. Aku pun layan juga...huhu So, who the heck is Super Junior?

Super Junior adalah kumpulan lelaki pop yang berasal dari Korea Selatan. Dengan jumlah ahli kumpulan sebanyak 13 orang, Super Junior ni dikatakan kumpulan boy band yang terramai kat dunia. Yeke...aku tak sure pula sebab aku rasa Rabbani nye kumpulan pun ramai, mungkin lagi ramai dari Super Junior ni...hehe Bukan semua ahli Super Junior ni berasal dari korea tau, ada juga yang berasal dari cina.

Super Junior ni terbentuk oleh syarikat SM Entertainment, yang mana syarikat ni memang kerja dia mencari bakat terpendam dalam budak-budak muda. Seorang ahli kumpulan yang beasal dari cina pula asalnya telah dipilih untuk jadi ahli Super Junior daripada 3,000 orang penyertaan dalam satu uji bakat. Mak eh..ramai gila orang mohon nak uji bakat. Ramai juga yang tak tahu ahli-ahli dalam Super Junior ni mempunyai kepakaran tersendiri. Ada yang mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian. Ada juga yang mempunyai pengalaman jadi hos radio (lebih kurang macam DJ kot), model, dan pelakon.




Kalau korang nak tahu, ahli kumpulan Super Junior ni sentiasa akan digantikan dengan penyanyi yang baru sekiranya penyanyi sekarang sudah berumur. Sebabnya pihak SM Entertaintment nak kekal kan kumpulan Super Junior ni sentiasa muda, bergaya dan energetic. Dah nama pun Junior kan. Takkan nak tukar nama Super Senior pulak kan..hehe Antara lagu yang hit macam "Sorry, Sorry" ni mungkin ada yang pernah dengar.

Ada juga mengatakan ketika lagu "Sorry, Sorry" ni dikeluarkan. Pihak SM Entertainment telah buat promosi pada hari pertama dengan download percuma. Tapi pihak server syarikat telah rosak akibat ramai sangat nak download lagu ni. Ini menunjukkan kumpulan ni ada aura dia tersendiri. Kalau tak silap aku Super Junior ni pernah datang kat Malaysia buat performanca tahun 2008 kat Genting.

Bagi aku kuumpulan ni memang ade style...diorang pandai menyanyi dan menari sekali. Memang best tengok diorang menari...ala-ala gaya street dancer...kalau nak tengok video diorang, tengok la kat Youtube ok...=)

Sumber : Wikipedia


p/s: kenapa aku cerita pasal ni....mungkin aku dah mula ketagih tengok cerita korea kot? hehe

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails