web 2.0

Thursday, December 31, 2009

Tanda-tanda Lelaki Merajuk...




Salam readers,

Bila aku buat blogwalking, semua orang buat entry pasal entry diorang pasal azam baru diorang. Aku pun ada azam baru juga tapi tak mungkin akan aku dedahkan. Hehe...rahsia alam beb. Ok, first of all aku nak wish happy new year kat korang semua dan terima kasih kepada yang sentiasa bagi support kat aku pada tahun lepas. Walaupun blog aku ni baru lagi, tapi terima kasih pada yang bagi komen setiap entry dan juga kepada silent reader aku. Arigato to you all...

Berkenana tajuk kat atas, selalu nya perempuan je yang pandai merajuk. Tapi jangan disangka sungai tiada buaya. Betol ke aku guna pepatah ni..hehe Lelaki pun tak terkecuali. Tapi lelaki merajuk, diorang merajuk tak obvious sangat. Ala-ala underground gitu. Nak tau lelaki merajuk ke tak apabila korang dah start couple. Kalau ngan kawan biasa tak nampak sangat. Ni antara tanda-tanda lelaki merajuk:

1. BUAT TAK TAHU


Dia akan buat tak tahu dengan korang. Sebagai contoh, jika korang meminta pertolongan , dia buat acuh tak acuh sahaja. Lebih teruk dia buat-buat tak dengar sahaja. Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan sahaja buat kamu geram tetapi buat seolah-olah kamu tidak wujud disisinya.

2. DIAM SERIBU BAHASA

Dia diam saja sepanjang bersama dengan kamu. Walaupun kamu bercakap dengannya, dia hanya mengiyakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pun tidak akan melayan korang seperti sebelum ini. Jika perkara ini berlaku, sahlah si dia sedang merajuk dengan korang.

3. MENOLAK UNTUK MAKAN BERSAMA

Apabila lelaki merajuk biasanya dia tidak mahu bersemuka dengan korang. Dia akan bagi alasan seperti “awak makanlah dulu, saya kenyang.Lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi.” Hakikat sebenar dia belum makan lagi dan sanggup menahan lapar kerana merajuk dengan korang.

4. MASAM MUKA


Sikap ini boleh menambahkan geram korang. Sudahlah tidak mahu bercakap dengan korang, dia boleh buat muka pula. Ia menandakan si dia tidak berpuas hati dengan korang. Tetapi memang telah menjadi adat, orang merajuk memang begitu.

5. BACA SURAT KHABAR

Bab ini memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu dirinya.

6. TIDAK MEMAKLUMKAN DESTINASI DIA BERADA

Biasanya kalau hendak ke mana-mana dia akan memberitahu kamu lokasi atau tempat yang ingin ditujui. Namun kerana merajuk, dia langsung tidak mahu memberitahu kamu ke mana dia hendak pergi. Ini menunjukkan yang dia memprotes korang. Korang jangan seklai-kali memaksa dia untuk menjawab pertanyaan korang kerana pasti dia akan buat tidak tahu sahaja!

7. MATIKAN TELEFON BIMBIT

Aduh! Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu apabila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan mematikan telefon bimbit dan member pelbagai alasan termasuklah bateri habis. Sebenarnya alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara korang kerana takut perasaan marahnya akan bertambah. Tapi korang tengok sampai bila dia mampu bertahan kerana kalau sudah sayang, akhirnya dia akan menghubungi kamu juga.

So, guys...cara mana korang merajuk? ke ada cara baru korang buat bila merajuk...share la....huhu

Sumber: aku pun dah tak ingat kat mana aku dapat ni....hehe

p/s: ada ke lelaki suka kena pujuk dengan perempuan? tak gentle la beb....

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails