web 2.0

Thursday, January 28, 2010

Beza Lelaki Dan Perempuan



Salam readers,

Untuk kali ni, aku dah sediakan beberapa fakta mengenai lelaki dan perempuan. So kalau lelaki nak mengenali perempuan, sila la baca. Kalau perempuan nak mengenali lelaki, sila la baca juga....hehe. Memahami antara satu sama lain amat penting untuk terus mengekalkan perhubungan yang sedia ada. Tak kira la tengah couple ke atau yang dah kahwin. Kesilapan ramai iaitu lelaki tidak memahami perempuan, dan perempuan tak memahami lelaki...susah gak bab ni...Jom layan:

1) Perempuan banyak menggunakan alat make-up, perfume, bedak dan bermacam-macam lagi. Manakala lelaki hanya perlukan minyak rambut dan mungkin sesetengah menggunakan sedikit bedak dan perfume. Jarang lelaki pakai bedak sekarang. Pakai body spray lagi senang.

2) Perempuan sentiasa up-to-date dengan perkembangan fesyen, jenis-jenis kain, baju kurung, baju kebaya, kasut, tudung kepala, skaf, baju tidur, kain batik dan macam-macam lagi. Manakala lelaki perlukan beberapa helai seluar serta baju yang boleh dipakai bertahun lamanya. Baju bundle pun ada yang menjadi pilihan..

3) Perempuan terpaksa membeli banyak pakaian dalam, manakala lelaki hanya perlukan satu pakaian dalam. Kadang-kadang tak perlu pun. Pakai boxer sudah...hehe

4) Perempuan menggunakan shampoo lebih kerap berbanding lelaki. Kalau boleh tiap-tiap kali mandi nak basuh rambut...manakala lelaki sebotol shampoo, boleh tahan berbulan lamanya. Lebih-lebih lagi kalau botak, boleh tahan bertahun lamanya...hehe

5) Perempuan jarang nak belanja lelaki kerana dah memang motto diorang. Lelaki yang minta perempuan belanja amat memalukan...hehe, tapi ada juga perempuan yang bertolak ansur. Sama-sama senang, sama-sama susah. Sama-sama belajar...hehe

6) Lelaki kuat berbelanja untuk rokok, kereta, gajet, dan makan. Lelaki suka beli barangan berjenama. Sampai sepender pun nak brand BUM berharga RM50. Wow!! Perempuan selalu diet sebab nak simpan duit untuk bershopping...kekeke

7) Wanita khuatir tentang masa depan sehingga dia mendapat suami. Manakala lelaki tak pernah khuatir tentang masa depan sehingga diaorang dapat isteri.

8) Perempuan ni tak tahu dan tak paham akan diri mereka sendiri. Perempuan tak tahu apa yang mereka nak sebenarnya. Sebab tu tuhan jadikan Adam dahulu supaya kita boleh wujudkan apa yang mereka perlukan dan apa yang mereka nak.

9) Lelaki yang berjaya ialah seseorang yang mampu hasilkan banyak wang melebihi daripada apa yang isterinya mampu belanjakan. Wanita yang berjaya pula ialah seseorang yang dapat mencari lelaki sedemikian.

10) Ramai lelaki yang melakukan kesilapan dalam memahami kehendak perempuan. Lelaki kebiasaannya bila bertanya, mesti hendak jawapan yang terus dan tepat. Sedangkan perempuan ni penuh dengan muslihat iaitu menguji kaum lelaki dengan ujian yang remeh-temeh.

11) Siapa yang selalu pinjam duit? Lelaki pinjam duit dari perempuan atau perempuan yang selalu pinjam duit dari lelaki?? Yang ni aku tak tau nak jawab. Korang la yang jawab sendiri ye..

p/s: ada point lagi ke yang aku miss?? kalau ada boleh tambah ke 12....thanks for share =)

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails