web 2.0

Friday, January 15, 2010

Masuk Penjara Sebab Komen



Salam readers,

Terperanjat juga bila membaca surat khabar hari ni. Seorang pelajar telah ditangkap sebab komen di facebook sahaja. Kalau nak dikutkan memang tak logik kan. Dengan hanya komen boleh masuk penjara. Lepas ni mesti takde orang nak komen lagi kat facebook...hehe

Komen dia kat facebook macam ni:

"Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? harga boleh runding"

Komen ni aku rasa memang sensitive sikit. Dahlah Malaysia ni tengah huru hara pasal isu agama. Aku tak nak olah banyak-banyak pasal isu ni. Sebab ni melibatkan semua pihak. Silap-silap blog aku ni pulak kena ban...hehe

Okey, orang yang buat komen ni namanya Mohammad Tasyrif Tajuddin, pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA). Biasalah dekat facebook boleh komen macam-macam. Komen baik dan tak baik pun kita boleh bagi. Walaupun dianggap macam main-main, tapi sensitivity kena juga jaga. Jangan ikut main sedap mulut je...Benar kata orang, akibat mulut celupar, badan binasa. (betol ke pepatah ni..aku pun tak sure...hehe)

p/s: seronok juga mengutuk member sendiri kat facebook...hehe

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails