Monday, September 28, 2009
Lelaki ni lemah ke?
Alamak, kalau kaum adam baca tajuk ni mesti mengamuk. Biase la lelaki kan mempunyai perasaan ego yang maha tinggi..hoho Aku tulis tajuk entry ni pun bukan ape, cume agak pelik la. Aku mula prasan la yang perempuan ni kalau bab exam atau ape2 peperiksaan, for sure result gempak la. Kalu tengok kaum Adam kebnyakkannya cuma cukup makan sahaja. Kenapa yek?
Mungkin ade kebenarannya yang perempuan ini lagi rajin berbanding dengan lelaki, lelaki ni kalau mengikut pengalaman aku sebenarnya hebat orangnya cuma tidak diusahakan. Yela...dalam Islam sendiri dah beritau yang kaum Adam ini mempunyai sembilan akal dan satu nafsu berbanding dengan kaum Hawa yang mempunyai satu akal sembilan nafsu. Secara nisbahnya akal kaum Adam berbanding dengan Hawa adalah sembilan per satu (9:1). Banyak tu...tapi ke mana semua akal itu telah pergi sehingga kaum Hawa dapat memintas fakta itu?
Aku sebagai lelaki, mungkin aku faham serba sedikit sebabnya, kerana setiap orang mungkin nampak sama tapi hakikatnya adalah berlainan. Berdasarkan pengalaman aku, mungkin ramai gak aku dengar perempuan cakap yang lelaki ini lambat matang dari segi permikirannya. Permikiran lelaki mungkin lebih kepada keseronokan berbanding dengan suasana yang stress seperti belaja.
Mana taknya...kalau seorang tu bila rajin skit buka buku, mula la kate
"Eh..rajin weh ko...teruja aku tengok" dengan nada perli
Kesian sahabat tu yang bersemangat nak blaja terus tak jadi belaja. Ada yang buat tak kesah dan terus belaja..itu memang aku respect sangat2. Lagi satu yang aku perasan, lelaki ni kalau bab games dan bola sepak memang tak boleh pisah. Pantang sorang buka cerita, mesti yang lain akan sampuk sekali. Kalau games yang dicerita, boleh berlanjutan sehingga ke pagi berbincang. Tu baru cerita tentang satu games sahaja, belum tambah game lain. Begitu la juga kalau bercerita tentang bola sepak.
Secara kesulurahannya, lelaki ni ade satu penyakit yang secara ringkas dinamakan "M", yang perempuan pula ade penyakit "R". Tau apa maksud "M" dengan "R"? M tu stand for malas, manakala pula R tu stand for rajin. Pandai-pandai la menilai diri sendiri, anda lebih memahaminya
p/s: aku pun minat games gak dengan tengok anime. Pasal bola aku tak minat sangat la. Tak tau kenapa..hoho
wassalam
blog comments powered by Disqus