web 2.0

Wednesday, October 7, 2009

Kedai mamak pilihanku?



Tidak dinafikan ramai yang suka pergi makan di kedai mamak terutamanya orang Melayu sendiri. Rata-rata orang mengatakan bahawa kedai mamak ni mudah dicari dan sentiasa buka 24 jam. So, kalau nak makan pukul 3 atau 4 pagi pun boleh. Berdasarkan pemerhatian aku, orang yang singgah di kedai mamak rata2 datang kerana hendak bersembang sahaja. Kerana aku lihat di atas meja diorang just ade air minuman je, makanan satu pun takde. Dari aku sampai ke kedai hingga hendak balik, diorang kat situ gak, takde order makanan pun.

Kalau ade perlawanan bola, tak payah cakap la, kedai mamak la menjadi pilihan untuk menonton perlawann tersebut. Pelik juga...kedai makan yang lain ade televisyen gak tapi kenape kedai mamak menjadi pilihan

Ade beberapa pendapat tentang kedai mamak:

1) Service laju
laju betol dia ambil order. Baru je nak duduk terus minta order. Jarang la aku tengok kite duduk tercongok2 macam bangang baru nak ambil order

2) Service ambil order
kadang2 ade tukang service baru sampai dari luar..lain yang diminta..lain yang dibagi. Ade pula yang tak paham langsung..kene minta tolong membe diorang. Selalu gak tengok orang maki diorang ni..kadang2 kesian pula tengok. Yela..orang tu datang dari jauh nak cari rezeki, terpaksa la terima sepak terajang negara orang. Tapi yang bagusnya, walaupun kene marah maki hamun..diorang diam je, siap senyum lagi. Tak macam kebanyakkan restoran Melayu. (restoran Cina aku tak try lagi, so tak tau pula cmne)

3) Harga
bagi aku harga diorang memang mahal. mana taknya, makan nasi goreng boleh sampai RM5...sedap pun tak berapa. Lain la nasi kandar diorang expert masak.(ade gak yang sedap tapi tak banyak la)

4) Kebersihan
yang aku tengok ni sama je kat mana2, kalau yang bersih, bersihla. Kalau yang kotor, kotorla. Kalau difikirkan balik, bila la masa diorang nak bersihkan kedai bila buka 24jam..tapi bila fikir2 balik, kalau buka 24 jam..mesti sentiasa ade orang kan, susah la lipas dan tikus nak meronda

5)Kebolehpercayaan waktu perniagaan
yang ni memang semua orang setuju, bila dah bukak 24 jam, senang la nak buat plan atau nak buat meeting ke. Ade sestengah kedai tu buka tutup suka hati dia aje, memang tak boleh percaya waktu perniagaan sebab menyusahkan orang

6) Majmuk
yang memang best..orang cina, india, melayu semua berkumpul sambil tengok bola sama...dan jerit sama2....GOAL!!!!


blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails