Menjelang Hari Raya,
Semua orang bergembira,
Anak-anak seronok kerana mendapat baju raya,
Bukan itu sahaja,
Taukeh Cina dan India tersenyum ria,
Kerana ramai perempuan beli kain berjela-jela,
Tak lupa kuih raya berbalang-balang ditempah juga,
Lelaki pun apa kurangnya,
Baju Melayu lengkap tidak dilupa,
Berserta sampin yang menyilaukan mata,
Bila raya tiba,
Bengkel-bengkel penuh dengan kereta,
Akibat kemalangan di jalan raya,
Kemek kereta di sini sana,
Begitu juga di klinik utama,
Kerana penuh dengan umat manusia,
Bila disukat, darah naik tak ingat dunia,
Akibat makan kenyang melebihi satu pertiga,
Lemang dan rendang semua disapunya,
Kononnya makan setahun sekali sahaja,
Bila habis raya,
Banyak kuih raya tidak dihabis juga,
Mula la terfikir banyak pembaziran telah dilakukannya,
Kini barulah mula membuat akaun semasa,
Nasihat dari saya,
Raya, Raya juga,
Tapi biarlah berpada-pada
Jangan membeli belah tak ingat dunia,
Beli barang keperluan sahaja,
Ikutilah nasihat ustaz di Forum Perdana,
Sudah beli, apalagi 'blah' lah,
Tak perlu tengok-tengok barang lain pula
Sekian