web 2.0

Thursday, September 24, 2009

Salahkah onani?




Assalamualaikum..

Kebanyakkan orang beranggapan bahawa onani merupakan satu perkara biasa. Ada juga yang beranggapan bahawa setiap remaja pasti akan melakukan onani sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidupnya. Majoriti yang melakukan onani adalah lelaki, tetapi sejak akhir-akhir ini, bilangan wanita juga semakin meningkat berdasarkan suvey yang dilakukan

Maksud Onani atau melancap

Onani atau melacap adalah perbuatan yang merangsang diri sendiri untuk mencapai kepuasan seks. Berbagai cara dilakukan baik dikalangan remaja atau pun orang dewasa dengan mungkin
1. Cara Menggunakan tangan
2. Mengesel kemaluan dengan benda-benda asing seperti dihujung meja, katil
3. Flush air kedalam faraj di kalangan remaja wanita
4. Memain-mainkan kelentit dengan jari
4. Memasukkan sesuatu didalam faraj seperti terong, dsb.
5. Remaja lelaki mengeselkan zakar pada bantal, tilam, dll.

Tujuan Onani ialah untuk mencapai kepuasan seks,

Pada umumnya masyarakat menganggap onani hanya dilakukan oleh remaja yang belum bernikah sahaja tetapi anggapan tersebut tersebut tidak benar.
Orang-orang yang melakukan Onani terbahagi kepada tiga gulongan:

1. Remaja yang belum kahwin terutama gulongan remaja lelaki atau perempuan

2. Golongan orang dewasa yang sudah kahwin, tetapi tidak puas dengan cara pergaulan dengan isteri atau suami.

3. Golongan orang yang kehilangan pasangan masing-masing seperti janda, duda atau pasangan suami atau isteri yang berada berjauhan



Apakah Onani Salah ?

Mengikut kata ustaz Zaharuddin dalam artikelnya yang membincangkan hukum onani bagi lelaki dan wanita:

"Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

  1. Karena takut berbuat zina.


  2. Karena tidak mampu kawin."


Dalam perbincangan tersebut, Ustaz Zaharudin turut menyatakan bahawa amalan onani ini merupakan permulaan virus yang akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak. Katanya dalam laman blognya


"Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.

Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas."


Keburukan Onani

Jika Melakukan Onani Berlebihan, antara akibatnya ialah:

1) Badan Rasa keletihan dan lemah-lemah badan
2) Mata kuyu
3) Muka cengkung dan pucat
4) Selalu mengantuk
5 ) Fikiran lembab
6) Malas
7) Selalu sakit kepala
8) Selalu berak sembelit
9) Pelupa

Selain itu, pada pengamal onani juga akan mendapat

1) Satu perbuatan yang berdosa dan haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar
2) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri
3) Kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
4) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
5) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki

wassalam



blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails