web 2.0

Friday, September 25, 2009

Salam Takziah




Assalamualaikum...

Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Rosfatihah (Rose), rakan sekelasku di atas pemergian kakak kepada Rose. Allahyarhamah telah pergi pada waktu petang semalam di dalam CCU (Cardiac Care Unit) atas sebab masalah jantung yang dialaminya sejak sympton sesak nafas berlaku

Sebelum ini, Allahyarhamah telah di diagnose mempunyai ovarian cyst dan telah menjalani pembedahan pembuangan cyst berkenaan. Selang beberapa bulan, symptom sesak nafas pula berlaku dan telah dikejarkan ke hospital. Doktor telah mengesahkan jantung kakak Rose menghadapi masalah. Kemungkinan metastesis yakni cancer yang telah merebak ke tempat lain dari asalnya. Ada kemungkinan doktor tredahulu yang merawatnya telah salah diagnose dengan tidak menyedari kehadiran cancer.

Semoga Rose dapat menghadapi dugaan ini. Benarlah kata orang yang hidup pasti akan mati, tiada ada siapa yang kekal di dunia ini. Sedekah Al-Fatihah buat Allahyarhamah..

p/s: terpikir bila pula masa aku hendak diambil nyawa, banyakkah amalan aku setakat ini? Jika amalan aku banyak, adakah diterima oleh Allah? Ya Allah, ampunkanlah dosa aku ini

wassalam


blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails