web 2.0

Thursday, October 8, 2009

Oh Harian Metro



Aku kadang2 rasa menyampah gak dengan akhar Harian Metro ni...tajuk utama mesti pasal sex, jenayah yang teruk2. Aku rasa dengan pendedahan macam ni sekaligus boleh menyebabkan ramai remaja ingin mencuba dan meniru aksi2 tersebut.

Aku rasa tak perlulah perbesarkan berita hal2 macam tu, lebih baik perbesarkan hal2 yang boleh menjadi contoh teladan..macam kecerdikan remaja dalam mencipta alat berteknologi, kejayaan usahawan muda, kebijaksanaan kanak2 dalam bidang IT dan lain2 yang bila dibaca boleh menjadi pendorong kepada remaja tersebut.

Sama juga yang dipaparkan di televisyen kita ni, asyik tunjuk benda tak elok je...apa salahnya kita tiru televisyen di Singapura yang asyik tunjuk kebijaksanaan kanak2 dalam sains dan teknologi..secara tak langsung menjadi perangsang kepada kanak2 yang lain.

Kalau difikirkan kembali, memang banyak keburukannya bila paparkan berita hal2 macam tersebut secara sensasi. Yela...contohnya satu Malaysia pernah hangat dengan video 3gp lucah. Masa handphone mula berkembang maju dahulu...fuhhh...daripada orang tak tau, akhirnya mereka terus mencari video2 tu di internet.

Sehingga ada yang berpendapat, antara semua akhbar, Metrolah akbar paling banyak sampah sebab tak banyak mengandungi pengetahuan dan ilmiah. Tapi perlu diingatkan Harian Metro merupakan akbar yang paling laris jualannya di Malaysia ni. Aku rasa kalau takde berita2 sensasi, mungkin dah bungkus dah syarikat ni. Yela...name marketing startegy kan. Bagi syarikat diorang ni, apa yang penting adalah jualannya. That is their ultimate goal.

Lagi satu yang aku perasan, Metro ni lebih kepada berita local sahaja. Tak macam utusan dan berita harian yang lebih kepada nasional. Kalau berita global, mesti paparkan sehari lebih lambat dari internet. Mungkin diorang ni lebih pentingkan cerita yang boleh gegarkan Malaysia ni. Teringat aku bila pergi ke koperasi kolej nak beli surat khabar, mase tu Malaysia memang hangat dengan mangsa pertama wabak Inflenza H1N1. Berita tu dipaparkan di muka hadapan di setiap akhbar kecuali satu surat khabar ni...faham2 saja lah yang mana satu...yang sibuk paparkan pasal sex (aku pun tak ingat pasal apa).

Kalau nak diikutkan memang ramai yang suka cerita sensasi ni...baik yang muda atau pun dah tua..semua nak tau cerita yang panas2...Kalau kat televisyen, Melodi jadi program utama di hari Ahad. Bila je jam menunjukkan 12.30, mesti terpacak kat depan TV sbb nak tengok Melodi. Mungkin dah jadi lumrah manusia yang suka nak tau hal orang lain kan. Ade juga berpendapat, mungkin salah satu tanda akhir zaman..wallahualam

p/s: aku selalu gak baca Metro ni walaupun tak suka, sebab kawan aku suka sangat beli. Bila takde keje nak buat...bace jugak la


blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails