Ceritanya, si isteri ni mula perasan yang air ketumbahnya dah pecah. Selepas menghubungi suaminya, dengan keadaan panik, diorang pergi la ke klinik berdekatan. Nurse yang betugas pada waktu itu tak mahu terima patient, dengan alasan doktor takde dalam klinik. Pada mase tu, kepala bayi telah mula keluar.
Nak tak nak...terpaksa la beranak dalam kereta dengan disaksikan oleh 2 anak mereka yang masih kecil. Si suami terpaksa menyambut anak itu...dengan tali pusat yang terburai, si suami tu pergi semula ke klinik tersebut untuk membersihkan bayi tersebut, dikhuatiri akan terkena jangkitan. Tapi nurse tu masih tak terima dengan alasan yang sama jugak. Gila la nurse ni...kalau aku dah lempang dah mase tu. Dengan tali pusat yang masih melekat, pasangan ini pergi ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya
Kalau nak diikutkan, memang zalim nurse tu, adakah sanggup biarkan patient yang dalam keadaan emergency macam tu saje. Itu dah melanggar etika bagi seorang nurse. Kalau nak difikirkan balik, mungkin nurse tersebut bukan nurse yang mempunyai kelulusan, tetapi orang yang diambil dari mane2 dan dilatih oleh doktor klinik itu sendiri. Yela...kalau ambil nurse yang berkelulusan, memang kene bayar gaji diorang lagi mahal dari yang takde kelulusan. Save bajet la katekan...
Tapi walaupun, tidak mempunyai kelulusan, bagi yang hendak kerja menjadi nurse di klinik swasta seharusnya paham dan tahu bila dalam keadaan kecemasan. Dah nama klinik, mesti ade punye kes kecemasan kan...takkan semua nak dihantar ke hospital je, mana sempat. Silap2 boleh bawa maut...lagi la payah nak jawab.
Dalam kes ni aku rase doktor tu sendiri tak ajar nurse ni untuk handle kes2 emergency macam ni. Patut la terpinga-pinga kalau doktor takde. Walaupun nak save bajet (name swasta kan), sekurang2 biar la ade seorang yang arif dalam hal kecemasan. Kalau tak pun...apa salahnya hantar nurse2 yang tiada kelulusan ni pergi kursus. Biar la diorang ade idea macam mana nak handle situasi macam ni...
p/s: dulu aku pernah pergi klinik, mase tu aku demam je. Ubat yang tak penting pun diorang bagi gak. Ubat sakit tekak, ubat loya, ino untuk buang gas dalam perut la...jumlah semua dah jadi RM60..Mahal ya rabbi..memang cekek darah kalau pergi swasta ni...makan duit orang je