web 2.0

Tuesday, December 15, 2009

Chef Lelaki vs Chef Perempuan



Bila tengah makan dekat kedai, tiba-tiba datang pula idea tentang siapa pandai masak. Rasanya semua orang beranggapan perempuan lebih pandai masak. Yela..biasanya prempuan yang jadi suri rumah kan. Tapi betol ke perempuan lebih pandai masak dari lelaki? Hah...meh kita renung sikit...

Biasanya kalu kita makan kat restoran atau food court, kita biasa tengok lelaki sentiasa pegang kuali untuk masak kat dapur. Bukan takat cuci kuali je tau. Yang prempuan pula kebanyakkan jadi cashier je...hehe kenapa ye? Kalau kat hotel pun macam tu...tengok kat kitchen diorang, kebanyakkannya mesti lelaki jadi chef dari yang perempuan.

Benar kata orang, zaman dah berubah, orang pun mesti berubah juga. Aku pernah la tanya beberapa orang kenapa jadi macam tu. Antara responds yang aku dapat:

1) Lelaki ni memang di anugerahkan bakat terpendam dalam memasak tetapi tak ditunjuk je. Ala-ala underground gitu. Air tangan lelaki berlainan dari perempuan...sekali dapat memasak, sepuluh orang pelanggan datang (peh..riak beb)

2) Orang perempuan sekarang bukan macam dulu lagi..asyik duduk dapur je. Sekarang perempuan boleh melangkah jauh. Kita boleh jadi apa-apa je..bukan setakat jadi tukang masak je. "the power is in your hand" (macam iklan TV lak..hehe)

3) Perempuan hanya akan masak pada orang tersayang saja macam suami atau anak-anak. Tu sebab kita tengok ramai lelaki jadi tukang masak kat kedai. Yang perempuan jadi tukang masak kat rumah pula...(mungkin betol juga)

4) Lelaki ni creative dalam bab memasak ni. Kalau tak percaya, cuba kau tengok dalam pertandingan memasak. Siapa lagi ramai? mesti lelaki kan... (ni aku tak sure lak sebab aku sendiri tak pernah tengok pertandingan memasak..hehe)

Macam-macam la jawapan diorang yang aku dapat. Aku memang tak menyokong mana-mana pihak walaupun aku ni lelaki gak. Sebabnya aku pun tak pandai masak..mana layak nak bersuara kan....hehe Kalau takat masak simple-simple nye boleh la aku buat.

p/s : Ada yang masih lagi tak reti masak Maggi ke? Melampau tu...hehe...

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails