web 2.0
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Friday, January 8, 2010

Siapalah Parking Kereta Macam Ni??

Salam readers

Korang pernah tak jumpa orang parking kereta macam la tempat parking tu dia punya. Aku selalu juga jumpa orang macam ni terutamanya dekat shopping mall. Dah la nak cari parking pun susah. Lepas tu jumpa lak sebuah kereta conquer dua-dua kotak parking. Gila tamak. Kalau la aku ada kekuatan macam hulk, mesti aku campak kereta tu jauh-jauh. Menyusahkan orang je...

Korang pernah tak jumpa orang parking kereta macam ni?



Sampai parking sebelah pun nak amik..hehe



ni lagi tamak...empat parking nak amik sekali



Asalkan boleh je nak parking tempat sempit macam ni...


peh..bahaya beb


tak tau la nak cakap apa...


macam mana nak buka pintu kalau macam ni?

sumber. lol.com.pk

p/s : macam mana nak describe orang macam ni? selfish or idiot? =)

Friday, December 11, 2009

Sedih Jadi Pengantin Baru...



Sedih tak kalau orang yang baru kita lafaz nikah dalam masa 3 jam, lepas tu pergi tak kembali? Mesti sedih gila kan. Tu yang aku fikirkan bila baca surat khabar Kosmo hari ni. Sadis tol... Pengantin lelaki, Mohd Ariff Ab. Kadir, terlibat dalam kemalangan bersama ahli keluarganya yang hanya berjarak 5 kilometers dari rumahnnya.

Pasangannya, Teh Afiffah Syahirah Abdul Hamid, yang baru 3 jam dinikah mesti terkejut menerima berita ni. Siapa yang tak terkejut kan? Tapi beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari. Difahamkan kedua-dua pasangan ni bercinta sejak di kolej lagi.

Okey, semua orang mesti rasa simpati dengan pengantin perempuan. Mana taknya, majlis perkahwinan dah bertukar menjadi majlis tahlil arwah. Kalau kita berada di situasi macam ni, boleh ke kita menghadapi ujian ini? Kalau aku sendiri, tak terbayang...sedih woo. Kalau diperhatikan betol-betol, setiap yang berlaku pada diri kita mesti ada sebabnya. Dan setiap ujian tuhan ada hikmah di sebaliknya. Hanya kita perlu bersabar dan berfikiran positive...

p/s : Al-Fatihah kepada mangsa kemalangan..semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin...

Tuesday, December 8, 2009

Wajah-Wajah Roller Coaster

Malaysia ini tak banyak ada roller coaster. Yang aku tahu ada kat Genting and Times Square Kuala Lumpur je. Kenapa tak banyak ada roller coaster kat Malaysia. Mungkin sebab kos yang tinggi. Tak pun sebab harga minyak dah melambung..tapi rasa ini tak mungkin la...roller coaster mana ada guna minyak kan..hehe First thing aku nak tanya pada sesiapa pernah naik roller coaster, apa perasaan anda bila dapat naik roller coaster? Best?....

Antara kemungkinan perasaan anda ketika naik roller coaster ni...


yeahhh...happy day



tercabut make up aku....hehe



rasa nak jerit..



takut gila...



I'm the king of the world!!!



relax la beb...



adeh...pening kepala pula



rock and roll...



Ini apahal pula? hehe..

p/s: ramai cakap roller coaster kat Malaysia ni tak mencabar seperti di luar negara..betul ke?


-------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
Sudah Membaca Sila Tinggalkan Pesanan....Kerana Itu Merupakan Satu Penghargaan....Supaya Diri Penulis Ini Berasa Kelegaan....
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------

Friday, December 4, 2009

Tandas Ku Syurga Ku

Kreativiti orang luar negara ni memang hebat. Sehinggakan ke dalam tandas pun diorang nak hias juga. Ada yang menarik, dan ada juga yang menyeramkan. Tak tau la kenapa sampai ke dalam tandas pun diorang nak serlahkan kreativiti diorang. Nak kata tandas merupakan tempat menarik, tak juga....lagi kotor ada lah. Cuba tengok gambar ni, mana tau ada yang sama macam tandas rumah korang..hehe



kalau tengok dari atas, ingatkan orang betul la tadi



Eeew...pusat atau lubang tuuuuut (sencord)



mangkuk tandas jadi kerusi....kreative restoran ni



hehe...ada ke orang memancing dalam tandas?



macam-macam la...Siap ambil gambar lagi...hehe



Peh...nak berak pun ade view juga



macam nak kena rogol je...hehe


p/s: kenapa tandas awam kat Malaysia selalu busuk? Pencuci tandas dah ada tapi kenapa masih busuk?


Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha Dari Kaito

Pedih mata aku kupas bawang ni. Kantoi tak reti masak...hehe Ni pun sebagai salah satu persediaan untuk sambut raya besok. Sorry sangat-sangat kalau takde entry yang menarik untuk hari ni sebab sibuk sangat. Esok Insyaallah aku sambung semula....salam Aidiladha aku ucapkan kepada semua umat Islam. Semoga kita sentiasa diberkati oleh Allah

Okey, esok aku ada kerja berat nak buat. Nak tolong lapah lembu lagi...=)




Tuesday, November 24, 2009

Pengalaman Lelaki Berkhatan



Tengah bersembang dengan kawan-kawan, tiba-tiba datang pula idea pasal sunat. Aku rasa hampir semua lelaki terutamanya Melayu mesti akan ingat pengalaman pasal bersunat. Yela siapa yang tak ingat..hari yang bersejarah dalam hidup demi mencari gelaran sebagai lelaki sejati..hehe

Tapi pengalaman bersunat zaman dulu dengan sekarang memang jauh  berbeza. Pengalaman bersunat zaman dulu lagi best dengar dari yang sekarang. Aku sempat pula dengar kisah dari orang lama tentang zaman sunatnya. Ni kisah dia..

"Aku dulu sunat sekali dengan sepupu aku kat kampung. Semua perbuatan bersunat ni, Tok Mudim yang buat. Dulu-dulu tak banyak doktor lagi. Sebelum upacara bersejarah dalam hidup aku tu, pagi-pagi lagi aku kena berendam dalam sungai.

Gila punya sejuk. Kata bapak aku, nak kasi kulit anu tu lembut. Macam memasak pulak dengar...haha. Masa tu memang takut tapi duk diam je la. Sepupu aku siap lari nyorok sebab takut sangat. Nak buat macam mane. Abang sepupu aku ni siap takutkan dia. Katanya kalau sunat ni kena belah dengan kapak...memang patut la dia lari..hehe

Budak zaman sekarang tak berpeluang nak bersunat dalam situasi meriah macam aku pernah lalui. Semuanya panggil doktor. Walaupun simple tapi tak syok. Aku nye dulu sebelum jumpa Tok Mudim. Aku basuh bersih-bersih. Siap shampoo lagi. Kasi Tok Mudim tu bau wangi bila buka..hehe

Pastu aku kena duduk atas daun pisang. Lepas Tok Mudim selak kain aku. Dia duk mengomel pasal apa anu aku ni kecik. Bengong tol la Tok Mudim tu. Ada ke patut bandingkan aku nye time tu kecik lagi dengan dia yang dah tua...hehe

Masa proses memang pedih la. Ubat bius ada tapi tak tahan lama. Menjerit aku menahan sakit.. then lepas bersunat, kain pelikat kena gantung, tak nak tersentuh. Nanti sakit. Makan pun berpantang. Tak boleh makan ayam atau kacang, nanti anu tu gatal.

Sekali sehari kena perasap dengan kemenyan, kasi luka cepat kering. Tapi yang bestnya, aku dengan sepupu aku dilayan macam raja. Semua yang aku nak, mak bapak aku sediakan. Best tol time tu. Yang kelakarnya, siap tunjuk siapa lebih lawa..haha..siot...biasalah budak-budak"

Kalau ikut pengalaman aku sendiri memang tak best sebab doktor yang buat. Aku sunat pun masa aku darjah satu. Datang je klinik, nurse perempuan suruh aku baca majalah Gila-Gila. Konon nak kasi kurang takut la. Pastu dua orang nurse panggil aku suruh buka kain. Segan gila aku masa tu. Dah la dua orang nurse tu lawa-lawa. Nak tak nak, terpaksalah buka.

Doktor datang check pastu bagi ubat bius. Pedih betul masa bagi ubat bius tu. Lima injection aku kena. Masa proses tu memang tak rasa apa-apa. Sedar-sedar je dah siap. Aku seronok la sebab tak sakit. Siap berlari lagi.  Lepas ubat bius tu hilang, terasa pedih pula. Jalan pun kengkang. Ayah aku cakap kena banyak rehat, jangan banyak gerak.

Tapi pedih tu tahan seminggu je. Lepas tu dah okey. Azab yang aku ingat sampai sekarang, bila nak buang air. Gila lama nak keluar. Bila dapat keluar, air tu keluar bercabang pula. Buat penat je aku aim tepat-tepat kat mangkuk tandas...hehe

Perempuan pun bersunat juga, tapi sunat masa lahir. Jadi tak best la sebab masa tu diorang tak tau apa-apa lagi. Kiranya kalau suruh diorang cerita pengalam bersunat, for sure tak ingat punya..hehe

p/s: ada ke orang yang nak kahwin, baru bersunat? macam pula masa proses tu, tiba-tiba ter ereksi ye....hehe =)

Saturday, November 21, 2009

Misi Balas Dendam Sempena Birthday

Kebanyakkan orang pernah rasa geram terhadap sesorang. Tak kira disebabkan pernah dimalukan, dikecewakan, dikutuk, dimaki dan sebagainya. Ini bergantung pada individu tersebut. Ada yang geram tapi lupakan selepas tu. Ada juga geram sehingga memendam perasaan. Ni boleh dikira 'okey' berbanding dengan orang geram pastu ingin balas dendam dengan tujuan untuk memalukan orang tersebut.

Macam-macam cara yang dibuat bergantung kepada kreativiti masing-masing. Kali ni aku nak kongsi hasil kerja orang ingin balas dendam yang diaplikasi sempena hari lahir. Mungkin kita boleh mengagak apa perasaan si pendendam ni...



kena kutuk sebelum ni rasanya



ditinggal kekasih



pernah kena blasah



nak kutuk muka macam Chewbaca (Star Wars) rasanya



pernah kena dera kat asrama



nak kutuk punggung menggerutu



kantoi ada 'affair'




Err...no komen...hehe


p/s: happy birthday bagi yang sambut pada bulan ini. Dah tua dah korang ye..hehe Semoga happy selalu..=)

Tuesday, November 10, 2009

Apabila Peminat Spiderman Beraksi

Ramai orang sukakan karakter 'Spiderman', dari yang kecil sehingga tua. Ada yang suka sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Paling kurang pun berangan. Macam-macam yang diberangan. Contohnya tangan keluar 'benang' pastu bergayut sana sini atau meniru aksi Spiderman merangkak di dinding (tapi buat kat lantai sebab tak mampu melekat..hehe)

Aku ada terjumpa gambar-gambar peminat fanatik ini dan aku ingat nak kongsi dengan korang semua. Nak kata kreatif pun ya, nak kata gila pun ya. Masing-masing nilailah sendiri...


































p/s: aku tengok cerita Spiderman ni, balik-balik Mary Jane kena culik. Spiderman taknak cari 'girlfriend' baru ke? hehe..




Related Posts with Thumbnails