web 2.0
Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

Cara Mana Untuk Lepaskan Marah


Salam readers,

Setiap orang pernah mengalami perasaan marah. Ada ke orang yang tak pernah marah? sedangkan nabi pun pernah marah, apatah lagi kita kan. Marah adalah satu emosi yang wujud apabila ada perasaan tak puas hati. Kalau marah biasa, mungkin akan reda dalam beberapa minit. Cuba kalau marah yang melampau. Apa yang biasa korang buat untuk lepaskan kemarahan korang. Ni antara pendapat aku, bila aku perhatikan orang tengah marah

1) Menangis

Ada sesetengah orang akan menagis bila rasa marah. Kononnya dapat tolong redakan kemarahan. Biasanya ini dilakukan oleh perempuan. Setakat ni aku tak pernah pula tengok lelaki tengah marah pastu menangis...ada ke?

2) Duduk sorang-sorang

Yang ni memang biasa dilakukan especially bagi yang tengah couple. Kalau tengah marah, selalunya diorang akan tutup handphone dan taknak diganggu orang lain. So, kalau macam ni berlaku kena la bagi masa kat dia untuk tenangkan fikiran

3) Berleter

Bila marah je mesti berleter. Buat ni salah, kena leter. Buat tu salah, kena leter lagi. Bagi aku yang kuat berleter ni biasanya perempuan. Ada juga lelaki yang berleter, tapi takde la common sangat berbanding perempuan

4) Bergaduh

Yang ni kalau marah yang tak dapat kawal. Silap-silap akan bergaduh dengan orang lain. Boleh jadi gaduh besar sehingga bertumbuk pun ada. Kalau macam ni, silap hari bulan boleh hilang kawan. Yela...siapa nak kawan dengan orang yang asyik nak bergaduh je kan

5) Memendam

Ada juga orang apabila rasa marah, diorang akan pendam je perasaan diorang. Nampak relax and cool je. Boleh dikatakan penyabar la. Tapi biasanya bagi jenis memendam ni, pun ada limit nya. Kalau pendam banyak sangat, boleh jadi meletup dibuatnya.

6) Tidur

Yang ni memang aku selalu buat bila aku rasa marah. Setakat ni effective la. Sebab marah dengan tidur adalah satu benda yang contra dan berlawanan. Yela...marah sifat dia serabut tapi tido sifat dia tenang. So, kalau aku tengah marah biasanya mesti akan cari tilam nak tido....hehe

Ada banyak lagi cara untuk lepaskan marah ni. Ada juga dengan meluahkan perasaan dengan kawan. Ada juga dengan makan. Kalau ikut cara Islam, angkat air sembahyang pastu sembahyang sunat. Tak elok juga pendam lama-lama marah ni, sebab ada kesan pada kesihatan juga. Silap-silap boleh jadi heart attack...

p/s: aku rasa banyak lagi cara nak lepaskan marah ni. Kalau korang ada idea dan pengalaman cara lepas geram, share la...=)

Friday, January 15, 2010

Masuk Penjara Sebab Komen



Salam readers,

Terperanjat juga bila membaca surat khabar hari ni. Seorang pelajar telah ditangkap sebab komen di facebook sahaja. Kalau nak dikutkan memang tak logik kan. Dengan hanya komen boleh masuk penjara. Lepas ni mesti takde orang nak komen lagi kat facebook...hehe

Komen dia kat facebook macam ni:

"Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? harga boleh runding"

Komen ni aku rasa memang sensitive sikit. Dahlah Malaysia ni tengah huru hara pasal isu agama. Aku tak nak olah banyak-banyak pasal isu ni. Sebab ni melibatkan semua pihak. Silap-silap blog aku ni pulak kena ban...hehe

Okey, orang yang buat komen ni namanya Mohammad Tasyrif Tajuddin, pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA). Biasalah dekat facebook boleh komen macam-macam. Komen baik dan tak baik pun kita boleh bagi. Walaupun dianggap macam main-main, tapi sensitivity kena juga jaga. Jangan ikut main sedap mulut je...Benar kata orang, akibat mulut celupar, badan binasa. (betol ke pepatah ni..aku pun tak sure...hehe)

p/s: seronok juga mengutuk member sendiri kat facebook...hehe

Thursday, January 14, 2010

Cinta Sejatikah Ini?



Salam readers,

Ramai orang sekarang sudah tahu apa itu internet. Kalau tanya budak sekolah rendah pun, diorang pun dah pandai macam mana nak surf internet. Bagi budak remaja sekarang, Twitter, facebook atau friendster adalah satu kemestian untuk berhubung dengan member-member. Tak kiralah member kenal atau pun tak, yang penting rasa seronok bersosial adalah penting bagi diorang. Memang tak nafikan dengan adanya laman sosial ni, memang akan ada ramai kawan.

Kalau berkawan saja, takpe. Tapi lain pula kalau bercinta melalui semua laman sosial ni. Kalau bercinta dengan orang yang kita betol-betol kenal dari zaman sekolah kira okey la. Tapi kalau bercinta dengan mana-mana orang yang kita tak kenal dari mana asal usulnya. Memang boleh menempah maut.

Ini yang terjadi pada segelinter budak perempuan yang mudah jatuh hati dengan orang melalui laman sosial ni. Bagi aku, biasanya ini terjadi pada orang yang tak pernah couple. Memang seronok dapat berborak dengan orang kita anggap sayang. Tapi jangan la percaya sangat seratus peratus sampaikan maruah pun nak bagi. Padahal baru je kenal sebulan dua.

Last-last akibat sayang, maruah tergadai, pastu perut mula memboyot, mula la malu dengan diri sendiri. Akibat nak elak malu, belajar pun tergantung. Kesian pula pada mak ayah kat kampung kalau dapat tahu.
Bercinta memang tak salah, tapi biarlah berpada. Sayang pun ada hadnya. Kalau tak tahan sangat, buat la cara yang elok dengan menikah....dapat pahala lagi sebab elak zina

p/s: bayangkan kalau member kita sendiri hanyut macam ni...apa korang akan buat?

Thursday, January 7, 2010

Kenapa Perempuan Suka Marah-marah?




Salam readers,

Sekali lagi tajuk untuk mengkondem kaum perempuan...hehe Ok la back to our story. Biasanya kalau nak tengok perempuan marah terjadi bila korang dah start couple. Kalau dengan kawan biasa tak obvious sangat. Ramai orang cakap perempuan nye true colour boleh dilihat bila korang dah couple. Sebagai contoh:

"Kenapa awak tak reply message saya semalam? Saya call berkali-kali pun awak tak angkat"

Padahal sebab batery handphone dah habis, memang la tak boleh jawab semua kan...

Pada pandangan aku, ada beberapa situasi boleh digambarkan tentang perempuan suka marah-marah ni

1) Kalau perempuan memang tengah hot, memang tak boleh elak. Silap je sikit, mesti kena marah. Ini selalunya terjadi bila diorang tengah stress atau tension. Berlainan dengan lelaki, walaupun tension tapi still under control. Tapi ini juga bergantung pada setiap individu. Ada juga yang main lepas je..

2) Bila pergi shopping, faham-faham je la perempuan ni. Tahap stamina diorang memang berbeza sekali. Mengalahkan lelaki. Diorang mampu berjalan-jalan dalam masa yang lama. Tapi bila dah lama shopping mula rasa penat. Kalau shopping tu, beli barang tak pe juga. Ada juga hasilnya...tapi ini habuk pun tak beli. Kalau tegur sikit kenapa tak beli, cepat melenting. Maka tercetus la peperangan dunia yang entah ke berapa....hehe

3) Lelaki selalu beraggapan kalau perempuan ni suka marah-marah, mesti berkaitan dengan datang bulan atau period. Biasalah perubahan hormone juga boleh mempengaruhi emosi orang. Kalau time period datang, ada sesetengah lelaki akan bersiap sedia menyumbat kapas  ke dalam telinga ....hehe tapi macam pelik pun ada gak, macam mana lelaki nak tau perempuan tu period ke tak? haha

Itu semua pada pandangan aku. Kalau ada pandangan, boleh la share dalam komen yo...

p/s: Kalau lelaki suka marah-marah, takkan nak cakap dia ni datang period kot? hehe..

Monday, January 4, 2010

[pic] Betulker Perempuan Selalu Lambat Bila Nak Bersiap?

Salam readers,

Hehe..tajuk kali ni bertujuan nak mengutuk kaum perempuan...huahua. Betulke kalau perempuan nak bersiap, mesti amik masa yang lama? Kalau ikut pengalaman aku, ada juga benarnya. Lebih-lebih lagi kalau nak ajak keluar. Mesti kena tunggu lama. Bila call je..kate sikit lagi nak siap. Last-last setengah jam aku tunggu...kalau tanya

"Kenapa lambar sangat bersiap?"
"Ala..perempuan mesti lama kalau nak bersiap, baru nampak lawa."

Aku ada jumpe gambar yang berkenaan tajuk ni. Korang nilai la sendiri okey































p/s: Ada ke lelaki amik masa yang lama nak bersiap? =)


Sunday, January 3, 2010

Aku Taknak Naik Teksi Macam Ni!!!!



Salam readers,

Kalau nak diikutkan, aku lagi selesa naik kenderaan sendiri dari naik kenderaan awam. Naik kenderaan awam macam komuter, LRT, bas dan teksi memang memudahkan. Tapi ada juga yang menyusahkan. Antara semua kenderaan awam, aku paling tak suka naik teksi. Kadang-kadang geram juga pada driver teksi. Antara jenis teksi yang aku tak suka naik:

1) Teksi yang takde meter. Bila dah takde meter tambang, mula la driver ni bagi charge sesuka hati diorang. Yang dekat pun kena charge mahal. Kalau diorang dapat pelancong asing lagi teruk. Berganda-ganda diorang tambah. Pernah couple dari New Zealand (tak silap aku) tanya aku..

"Why do all the taxi in Malaysia charge all the foreigner so expensive compare to local?"

So, korang agak aku jawab ape?

"I'm not sure about it because I usually travel by my own ride" (cover skit...hehe)

2) Ada juga teksi yang suka memilih penumpang. Ni dah macam terbalik pula. Selalunya penumpang je yang boleh pilih teksi. Yang paling geram bila diorang ni taknak bawa ke destinasi yang kita nak pergi dengan macam-macam alasan. Ada yang kata:

"Jauh sangat la dik. Pakcik tak lalu situ. Lagipun sana selalu jam"
"Nak ke sana ada banyak tol. Pakcik penat la kalau pergi sana"

3) Kalau driver tu friendly, okey la. Tapi kalau friendly sangat, aku rasa lain macam pula. Pernah aku naik teksi, si driver ni cerita pasal sex. Gila apa...aku pun cuak. Sebab dah naik teksi tu, terpaksa la aku diam sambil tersenyum tawar. Bukan senyum sebab suka tau...ingat aku ni gay ke? hehe

4) Aku pernah kena dengan driver yang kurang ajar. Aku tegur la yang tambang dia ni mahal dari biasa sebab aku selalu naik teksi kat area tu. Dia boleh pula, maki hamun balik dengan alasan

"Aku dah selalu bawa teksi. Aku tau la berapa harga dia."

Bagi aku teksi kat Malaysia boleh dikatakan teruk perkhidmatan dia. Aku nak compare dengan teksi negara jiran, Singapore. Memang jauh beza. Contohnya:

1) Setiap teksi kat Singapore mempunyai meter dan kita bayar ikut meter tu tetapkan. So. tiada penipuan yang berlaku.

2) Biasanya diorang akan suruh kita naik, pastu baru tanya nak pergi mana. Ada seorang driver teksi cakap

"We are not like Malaysian's taxi. Asking the direction outside the car to the passangers"

3) Bila dah bayar tambang, diorang akan bagi resit. Resit ni berguna untuk membuat aduan jika kita tak puas hati dengan perkhidmatan diorang. Kalau nak trace barang yang tertinggal dalam taxi pun boleh.

Bila la perkhidmatan teksi kat Malaysia nak maju?

p/s: teringat Menteri Besar Selangor pernah cakap perkhidmatan teksi lebih teruk dari tandas awam. Aku pun tak sure nak cakap betol atau tak...

Sunday, December 27, 2009

Perangai Artis Malaysia...



Aku selalu berfikir best ke jadi artis ni? Apa perasaan jadi popular? Betol ke jadi artis ni boleh dapat banyak duit? Aku rasa semua orang pernah berfikir hal macam ni. Tapi aku kadang-kadang meluat la tengok perangai artis Malaysia. Aku tak kata semua, tapi majority nye. Ni pun berdasarkan pada lama web gosip-gosip artis yang aku tengok. Apa yang aku dapat simpulkan:

1) Ramai artis sekarang dah pandai buat kerja tak senonoh secara terbuka. Contoh paling banyak berlaku ramai artis pergi ke night club. Pastu teguk arak depan orang ramai. Dah la mamat ni famous satu Malaysia. Senang cerita korang pergi je kat Jalan P.Ramlee atau PJ

2) Sekarang ni banyak dah ada pertandingan menyanyi. Contohnya Akademi Fantasia, One In The Million dan macam-macm lagi la. Aku pun bukan nya amik tau sangat pun. Kalau tengok betol-betol, ramai orang muda melayu yang nak masuk pertandingan. Yang pelik nya tak de pula kaum lain yang masuk. Melayu je...kenapa ye?

3) Kalau perhati betol-betol, apa agaknya kelulusan akademik diorang. Majority nya kelulusan takat SPM je..Kalau nak compare, aku paling respect arwah Sudirman, dia ada degree in law. Pastu famous...memang orang banyak respect dia. Cara dia cakap pun berbeza dengan orang tak de dengree yang main lepas mulut je

4) Sekarang ni kalau artis kahwin mesti nak cari yang orang luar negara. Adeh...orang Malaysia dah pupus ke. Dah la kahwin dengan orang agama lain. Ingat nak bimbing diorang dalam agama Islam senang ke?

5) Kalau nak pergi umrah atau haji. Satu malaysia dia bagitau. Kononnya nak bagi contoh yang baik kat peminat. Kalau betol tak pe la...ni tak, bila dah balik Malaysia. Ingatkan dah berubah...rupanya sama saja...

6) Bagi artis perempuan lak...kalau nak kahwin mesti nak cari yang pangkat datuk atau VIP. Lepas tu bagi alasan diorang ni penyayang, lemah lembut, dan gentle. Katakan orang tu kerja penyampu sampah tapi ada semua ciri tu..nak ke dia. Obviously, mata duitan diorang ni....

7) Bila dah jadi artis, semua nak perfect. Sampaikan wajah anugerah tuhan pun diubahnya sedangkan anugerah tuhan memang dah cukup bagus untuk kita. Kesannya....muka dah nampak macam plastik. Hodoh betol kalau tengok....

8) Kalau bab video lucah artis ni aku tak beberapa sure la. Nak kata betol, dia nafikan. Tapi nampak macam real. Memang takde kesan edit langsung...mungkin pelanduk dua serupa (bersangka baik)

Bila dah jadi artis, tugas dia bukan setakat penyanyi atau pelakon tapi lebih pada contoh tauladan pada peminat. Kalau ada peminat fanatik lagi teruk, memang diorang tiru betol-betol perangai artis yang diorang minat. Kalau lama-lama macam ni, hancur la bangsa kita..

p/s: kenapa aku tengok artis cina dan artis india tak de gosip panas-panas? boleh dikatakan artis melayu je...kenapa ya?

Thursday, December 24, 2009

Tolong Bagi Signal Please!!!



Actually aku dah lama nak bincang pasal topik ni. Because I just can't stand all those selfish drivers yang tak bagi signal especially bila nak masuk simpang. Pernah aku kena bila nak balik dari kuliah. Masa tu aku tengah naik moto. Adalah sebuah kereta kat depan aku ni, kancil pula tu. Kalau ikut cara pemanduan dia, memang macam gelabah je. So, aku expect mesti perempuan yang bawa kereta ni..(kebiasaannya la). Dengan tiba-tiba dia ni terus masuk simpang dengan tak bagi signal. Nasib baik motor aku tak tercium kereta dia. Aku hon la kat minah ni. Boleh pula dia blah macam tu je...panas je aku time tu.

Aku bukan nak cakap perempuan ni tak reti bawak kereta, tak juga. Kadang-kadang laki pun sama gak. Tapi bila aku perhatikan ramai pemandu tak amik kesah pasal signal ni. Antara tempat yang biasa berlaku:

1) Bila nak masuk simpang atau U-turn. Diorang main cilok je...tanpa kesah ada orang kat tepi dia. Kalau macam tu apa guna side mirror?

2) Bila nak cari parking. Ni lagi la...aku pun pernah kena. Aku dah bagi signal dah untuk 'chop' parking sementara tunggu orang tu nak keluar. Adalah seorang mamat ni laju je terus masuk. Pastu boleh pula senyum kat aku...hampeh tol

3) Kat highway. Kalau nak memotong tapi bagi signal tak pe juga. Ni potong pastu tak bagi signal lagi. Especially bila nak masuk lorong kanan. Dah la ada kereta kat belakang tengah bawa laju. Boleh pula masuk masa tu..nasib baik tak accident.

Ni antara tempat-tempat yang aku sendiri pernah kena. Tak tau la kalau ada lagi...kalau ada minta share ye.. Aku ni suke perhati driver especially kalau driver tu bawa kereta macam dia je ada kereta kat jalan tu.. Antara yang aku perhatikan yang selalu buat kerja tak bagi signal ni:

1) Orang yang bawa kereta besar dan hebat. Yang ni aku selalu nampak berlaku kat highway...

2) Entah kenapa aku perhati ramai pakcik makcik tua bawa kereta selalu tak bagi signal. Mungkin terlupa atau pun rabun kot. Dalam sangkaan diorang kereta tu takde tapi hakikatnya ada je kat belakang tu..

3) Orang cina. Aku tak bermaksud nak bersifat perkauman tapi ni yang aku selalu nampak. Kalau orang Melayu dan India kurang sikit....

4) Orang lelaki. Yang ni aku tak sure la sebab apa walaupun aku ni lelaki juga...

Mungkin benar cakap orang, rakyat Malaysia ni memang sopan santun orangnya tapi bila dah pegang stereng kereta. Terus lupa sifat kesantunannya...macam kena rasuk syaitan...hehe Walaupun nampak remeh, tapi kesan dia besar juga. Bila seseorang tu buat hal, mula mencarut-carut keluar dari mulut orang lain pula. Tak pasal-pasal, masing-masing dapat dosa free-free je....

p/s: pemandu berhemah, pemandu skema?.....pemandu tak berhemah, pemandu stylo? boleh pula macam tu...hmmm


Saturday, December 19, 2009

Apa Daya Tarikan Anda?



Siapa cakap diri dia takde daya penarik? Setiap orang yang dijadikan tuhan mempunyai daya penarik tersendiri. Kalau dalam English, dipanggil sex appeal. Sama ada lelaki atau perempuan, semua mempunyai pendapat yang berbeza mengenai daya penarik yang mereka suka. Yela...semua orang mesti nak seseorang yang mempunyai ciri-ciri idaman yang mereka suka. Aku pernah juga tanya kat member-member aku sendiri mengenai ni. Bagi lelaki, aku rasa mudah je tahu apa yang mereka suka. Mungkin sebab aku pun lelaki gak..hehe. Antaranya:

1) Mereka suka perempuan yang berani, seksi dan menggoda. Sekali tengok boleh toleh balik dua tiga kali, kalau boleh sampai terliur sekali..hehe Yang ni bagi lelaki yang nakal dan berpemikiran kuning sikit....hehe

2) Suka pada yang solehah, tudung labuh, pemalu orangnya. Ala-ala perempuan melayu solehah terakhir la..kononnya sejuk mata memandang. Ni bagi orang otaknya bersih lagi suci...(tapi aku rasa ada gak orang tudung labuh yang hipokrit tapi bergantung pada individu gak la)

3) Suka perempuan yang yakin pada diri sendiri dan bercita-cita tinggi. Yang ni aku rasa perempuan yang jenis otak business sebab biasanya mereka memang bercita-cita tinggi pun kan

Tu kalau bagi lelaki. Memang tak banyak pun sebab biasanya lelaki ni nak fikir yang simple je. Tak complex sangat. Kalau bagi perempuan, memang complex. Aku pun tak tau kenapa. Antara yang aku tahu tentang lelaki mana yang perempuan minat:

1) Ada yang suka lelaki yang jenis bad-boys, macho dan stylo. Tapi bad-boys tu takde la jahat sangat sampai bunuh orang lain

2) Ada yang suka lelaki berbadan tough, dan tegap. Kalau badan tu mesti nak yang ketul-ketul dan wajib ada six-packs. Peh..memang mantap ni. Kalau aku tengok rata-rata member aku semua ada one packs je atau dikenali dengan boroi...haha Kalau macam mamat Shieldtox tu, aku pun lari kalau nampak..hehe

3) Suka lelaki yang lembut, penyayang, caring, dan sensitive. Yang ni kalau nak buat couple memang best, indah je dunia. Tapi kalau sensive sangat pun payah gak. Kejap-kejap nak merajuk, lagi teruk menangis. Lagi naya nak pujuk...hehe

4) Ada juga yang suka yang beriman, alim, dan jenis kuat agama. Kalau boleh nak yang macam ustaz-ustaz je....dengan alasan muka diorang nampak bercahaya. Peh..best tu. Boleh la jimat electric bila kahwin nanti..hehe

5) Majority suka yang ada karisma dan pandai bergaya. Senang cerita ala-ala mamat korea. Jambu je gitu...Kalau rambut mesti ada style tersendiri. Lebih-lebih kalau muka laki tu handsome. Lagi la tak lepas mamat tu...hehe

Ni apa yang aku nampak dan dapat dari pendapat beberapa orang. Kalau nak tambah boleh je share dalam komen kat bawah. Aku kadang-kadang benci betol orang yang anggap diri dia lemah dan tak yakin dengan tarikan sendiri. Kejap-kejap cakap

"Aku ni dah la tak handsome, bodoh lak tu...siapa la nak kan aku"

Apa yang aku boleh cakap, setiap orang ada daya penarik sendiri. Cuma kena explore sendiri la. Kalau asyik kata macam tu ibarat korang tak bersyukur dengan apa yang tuhan beri dan korang nak lebih lagi. Last word dari aku...bersyukur dengan apa yang kita ada...

p/s: apa yang daya penarik yang korang minat tentang pasangan anda? Share la...=)

Tuesday, December 15, 2009

Chef Lelaki vs Chef Perempuan



Bila tengah makan dekat kedai, tiba-tiba datang pula idea tentang siapa pandai masak. Rasanya semua orang beranggapan perempuan lebih pandai masak. Yela..biasanya prempuan yang jadi suri rumah kan. Tapi betol ke perempuan lebih pandai masak dari lelaki? Hah...meh kita renung sikit...

Biasanya kalu kita makan kat restoran atau food court, kita biasa tengok lelaki sentiasa pegang kuali untuk masak kat dapur. Bukan takat cuci kuali je tau. Yang prempuan pula kebanyakkan jadi cashier je...hehe kenapa ye? Kalau kat hotel pun macam tu...tengok kat kitchen diorang, kebanyakkannya mesti lelaki jadi chef dari yang perempuan.

Benar kata orang, zaman dah berubah, orang pun mesti berubah juga. Aku pernah la tanya beberapa orang kenapa jadi macam tu. Antara responds yang aku dapat:

1) Lelaki ni memang di anugerahkan bakat terpendam dalam memasak tetapi tak ditunjuk je. Ala-ala underground gitu. Air tangan lelaki berlainan dari perempuan...sekali dapat memasak, sepuluh orang pelanggan datang (peh..riak beb)

2) Orang perempuan sekarang bukan macam dulu lagi..asyik duduk dapur je. Sekarang perempuan boleh melangkah jauh. Kita boleh jadi apa-apa je..bukan setakat jadi tukang masak je. "the power is in your hand" (macam iklan TV lak..hehe)

3) Perempuan hanya akan masak pada orang tersayang saja macam suami atau anak-anak. Tu sebab kita tengok ramai lelaki jadi tukang masak kat kedai. Yang perempuan jadi tukang masak kat rumah pula...(mungkin betol juga)

4) Lelaki ni creative dalam bab memasak ni. Kalau tak percaya, cuba kau tengok dalam pertandingan memasak. Siapa lagi ramai? mesti lelaki kan... (ni aku tak sure lak sebab aku sendiri tak pernah tengok pertandingan memasak..hehe)

Macam-macam la jawapan diorang yang aku dapat. Aku memang tak menyokong mana-mana pihak walaupun aku ni lelaki gak. Sebabnya aku pun tak pandai masak..mana layak nak bersuara kan....hehe Kalau takat masak simple-simple nye boleh la aku buat.

p/s : Ada yang masih lagi tak reti masak Maggi ke? Melampau tu...hehe...

Friday, December 11, 2009

Sedih Jadi Pengantin Baru...



Sedih tak kalau orang yang baru kita lafaz nikah dalam masa 3 jam, lepas tu pergi tak kembali? Mesti sedih gila kan. Tu yang aku fikirkan bila baca surat khabar Kosmo hari ni. Sadis tol... Pengantin lelaki, Mohd Ariff Ab. Kadir, terlibat dalam kemalangan bersama ahli keluarganya yang hanya berjarak 5 kilometers dari rumahnnya.

Pasangannya, Teh Afiffah Syahirah Abdul Hamid, yang baru 3 jam dinikah mesti terkejut menerima berita ni. Siapa yang tak terkejut kan? Tapi beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari. Difahamkan kedua-dua pasangan ni bercinta sejak di kolej lagi.

Okey, semua orang mesti rasa simpati dengan pengantin perempuan. Mana taknya, majlis perkahwinan dah bertukar menjadi majlis tahlil arwah. Kalau kita berada di situasi macam ni, boleh ke kita menghadapi ujian ini? Kalau aku sendiri, tak terbayang...sedih woo. Kalau diperhatikan betol-betol, setiap yang berlaku pada diri kita mesti ada sebabnya. Dan setiap ujian tuhan ada hikmah di sebaliknya. Hanya kita perlu bersabar dan berfikiran positive...

p/s : Al-Fatihah kepada mangsa kemalangan..semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin...

Sunday, December 6, 2009

Ada Kereta, Ada Perempuan...



Okay idea kali ni tentang apabila lelaki ada kereta sediri, senang ke diorang nak mengurat perempuan? Kalau nak diikutkan secara peredaran zaman. Zaman dulu apabila lelaki ada scooter, mesti dipandang hebat. Kereta pada masa tu mungkin mahal sangat bagi orang Melayu ketika itu. Cuba lihat dalam cerita atau filem lama-lama, masa zaman television hitam dan putih. Kebanyakkan lelaki yang ada scooter, mesti ada perempuan di belakangnya.

Berlaianan pula di zaman sekarang. Lelaki yang mempunyai kereta sendiri, boleh dianggap mempunyai bonus tambahan jika ingin mengurat perempuan. Yela...kalau takat pakai moto, sesiapa pun tak pandang sangat. Tapi adakah ini benar? Mungkin pada pandangan perempuan tentang lelaki yang berkereta. Mesti mamat tu anak orang kaya sebab mampu beli kerata sendiri. Kalau takat pakai moto, kebanyakkan mereka mesti berfikir, keluarga mamat ni orang sederhana saja.

"Mamat ni tak sesuai dengan I yang anggun ni"
(peh...materialistic ni)

Okey, senang cerita bila ada kereta sendiri. Senang nak tackle mana-mana perempuan dengan alasan senang nak pergi dating sama-sama. Ala-ala romantik gitu. Lagi-lagi kalau kereta yang dipakai tu, kereta mahal belaka. Lagi la terbeliak mata perempuan tu..hehe Bila dah dapat perempuan. Bagaimana pula kenyataan dalam pandangan lelaki:

1) Kebanyakkan duit minyak habis digunakan ketika nak dating. Yela..harga minyak kan semakin hari semakin naik.

2) Penat dan lenguh badan sebab lama memandu, dengan kata lain jadi driver la. Lagi-lagi bila dah kena dengan jam di jalan especially di Kuala Lumpur ni. Lagi la penat cik abang ni..

3) Ada yang merungut sesetengah perempuan memang jenis tak caring langsung pada boyfriend masing-masing. Kejap-kejap nak naik kereta. Dekat pun nak naik kereta. Mungkin perempuan ni nak tunjuk yang diorang jenis yang 'up' sikit pada orang lain. Yela...konon orang akan cakap:
"Bertuah perempuan tu dapat laki kaya macam tu"

4) Bila dah ada kereta sendiri, mesti kena jaga kan. So, kereta tu mesti diservice untuk maintain prestasinya. Service kereta bukan macam service motor, murah. Harga service kereta memang tinggi, terutama pada yang masih belajar. Kecuali mereka yang betol-betol mampu..

Pada yang ada kereta sendiri, berpada-padalah. Zaman sekarang ekonomi pun tak stabil lagi. Jangan banyak sangat belanja. Pada perempuan especially yang ada pakwe berkereta, bertimbang rasa la sesama pasangan. Time ni la nak kena belajar bertimbang rasa sebagai persiapan di alam perkahwinan. InsyaAllah...Alright guys, adios

p/s: Kalau lelaki pakai moto mengurat perempuan, apa perempuan tu fikir?
"Mamat ni mat rempit ke?" hehe=)

-------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------

Sudah Membaca Sila Tinggalkan Pesanan....Supaya Diri Penulis Ini Berasa Kelegaan....Kerana Itu Merupakan Satu Penghargaan...

-------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, December 1, 2009

Business Internet Penipu?




Waktu sekarang ni jika dilihat dalam surat khabar macam-macam peluang perniagaan yang ada. Ada yang mejanjikan pulangan duit yang banyak dalam masa yang singkat. Ramai orang terpedaya dengan skim cepat kaya ni terutama sekali orang Melayu tu sendiri. Yela...siapa tak nak kaya kan.

Macam-macam perniagaan yang ditawarkan. Yang paling kerap perniagaan yang ditawarkan adalah dengan mencari orang  atau dikenali 'downline'. Bukan senang nak menacari orang untuk menjadi downline kita. Dulu perniagaan ni dikenali dengan multi level marketing (MLM). Tapi setelah beberapa lama, sistem ni telah diubah menjadi sistem affiliate pula. Kalau nak diikutkan kedua-dua sistem ni lebih kurang sama saja, iaitu mencari orang.

"Kau masuk la business ni, best. Tak susah pun, kau just cari orang je. Business ni lain dari yang lain. Kau tak payah susah payah buat kerja. Kau just cari 2 orang jadi downline ko, pastu downline ko pun buat benda yang sama. Dalam masa setahun kau dah boleh jadi jutawan..."

Ini biasa kita dengar kalau orang tu nak jadikan kita downline dia. Mula la janji manis yang mengatakan business ni halal la, ada lesen, dan macam-macam lagi. Yang tak tahan, kalau kita tak minat. Dia still paksa kita suruh masuk. Kalau taknak lagi, mula la cakap...

"Kau ni sombong la. Buat penat je aku explain panjang-panjang. Macam ni la cara kau tolong kawan. Kau buat la business kau yang dah ketinggalan zaman tu.

Tensionnya kalau dengar. Lepas daripada tu terus lost contct....




Ada juga perniagaan yang berkonsepkan kerja dari rumah. Contohnya kerja menaip dari rumah boleh dapat RM2,000 sebulan atau lebih kalau rajin. Ramai dah tertipu pasal kerja menaip ni. Mula-mula diorang akan interview macam biasa. Lepas tu mula suruh kita bayar sebagai yuran atau service dia. Bila dah bayar, diorang akan suruh kita tunggu panggilan dari syarikat diorang. Mesti la orang yang dah bayar tu tertunggu-tunggu panggilan dari syarikat dia. Bila lama sangat tunggu, pergi sana tengok syarikat tu telah berpindah ke tempat lain. Kesian siapa yang kena tipu tu




Sekarang ni pun dah makin advance, terutama sekali perniagaan internet. Ada perniagaan yang just suruh orang klik je untuk dapat duit tapi kalau nak masuk kena bayar certain amount. Makin tinggi kita bayar, makin banyak komisyen yang kita akan dapat. Siap ada testimoni tu. Kemungkinan besar testimoni tu hanya rekaan semata-mata. Macam-macam la sekarang ni. Yang kena tipu pun ramai gara-gara nak cepat kaya. Harap korang kalau nak masuk certain business tu, kaji dulu sebelum masuk. Takut nanti menyesal di kemudian hari

p/s: agak-agak orang masuk business ni dah jadi jutawan ke? tapi kenapa tak pernah nampak muka diorang dalam majalah tentang jutawan baru di Malaysia ye? =)

Saturday, November 28, 2009

I'm in love with her, even she's a man



Siapa kenal Fatine? She is the famous pondan or shemale in Malaysia right now. Not only in Malaysia even in United Kingdom. Tak sangka jadi pondan boleh jadi famous. Fatine or her real name is Mohammed Fazdil Min Bahari, 36, pernah bekerja sebagai jurusolek artis berkahwin dengan mamat Britin yang bernama Ian Young, 30, kira-kira 6 buan lalu. Kata-kata suaminya terhadap Fatine

"It doesn't matter to me that she is a transsexual, it's the person she is inside that I care about and love."

 "I can't contemplate the idea of us not being together. I look at her and see a beautiful woman."

Siapa sangka, pondan pun boleh kahwin. Tak sangka ada juga lelaki yang sanggup berkahwin dengan orang yang mempunyai anggota komponen yang sama...hehe Kalau tengok gambar Fatine ni, memang saya akui lawa orangnya. Ala-ala top model. For the first time tengok mungkin akan terpikat. Memang lumrah lelaki suka perempuan cantik. Tapi apabila tahu 'wanita' ni merupakan seorang pondan. Gelap pula dunia ni...hehe

Fatine menjadi famous apabila berita mengenainya dikeluarkan dalam forum perbincangan The Sun UK. Kalau di Malaysia, sudah tentu rakyat akan bangkang kalau berkahwin dengan sama jantina. Yela.. macam mana nak dapatkan anak kalau asyik berlaga 'batang' je kan...hehe (sorry lucah sikit). Berlainan pula di UK, kerana perkahwinan diorang mendapat sokongan yang padu. Kata Ian Young :

"Being a straight man I did have a few concerns about the way I was feeling."

"I wondered if it meant I was gay and I was scared what had happened wasn't right, but I couldn't ignore how I felt."

Ada yang beranggapan, cinta yang sejati tidak mengenal usia, darjat serta jantina. Mungkin benar kata orang cinta itu buta dan budaya di Barat anggap kahwin sejenis ni adalah perkara biasa bagi diorang. Ikut kata Fatine, dia tidak pernah membuat pembedahan jantina. Memang patut la sebab nak buat surgery ni memang menyakitkan. Aku pernah gak tengok macam mana proses surgery ni buat. Sakit tengok seh...Sebaliknya, Fatine just ambil pil hormon wanita sejak berumur 17 tahun lagi. Patut la kulit dia licin lagi gebu. Kata Ian lagi:

"If she happened to have male sex organs then that was some sort of birth defect. I never thought of her as a man."


Sekarang ni pun Fatine ada masalah dengan visa kerana lebih tamat tempoh. So, mungkin akan dikenakan penjara sebagai denda. Tapi macam mana pula kalau nak dipenjara, nak letak di penjara lelaki atau penjara perempuan? Hakim mungkin akan pening kepala..hehe

p/s: takut pula nanti nak mengorat perempuan cantik...silap hari bulan dapat perempuan cetak rompak..hehe =)

Monday, November 23, 2009

Bra Kena Rembat?



First thing, aku memang tak pakai bra. Gila apa laki nak pakai bra kan, pakai singlet sudah..hehe  Ada seorang perempuan mengadu tiba-tiba

"Weh, bra aku kena rembat. Bukan satu je, hampir sepuluh dia rembat. Sesedar pagi tadi baru perasan bra aku semua hilang"

"Mak ai...banyak gila dia sapu. Kau jemur malam ke?"

"Yela...tension aku, dah la bra lawa-lawa dia ambil. Yang lusuh tak ambil pula"

Geli hati aku dengar bra orang perempuan pun kena rembat. Ingatkan barang kemas je...haha Payah betul jadi perempuan. Banyak benda nak dijaga..

Okey, kejadian ni biasa berlaku di asrama, tak pun kat rumah sewa. Berdasarkan kejadian sebelum ni, bukan semua pencuri bra atau seluar kecil ni lelaki, perempuan pun ada juga. Lebih-lebih lagi kalau perempuan tu suka berlagak macam lelaki, atau dikenali dengan 'tomboy'. Tapi tak tau sebab apa dia buat macam tu..

Jadi, kenapa pencuri ni suka sangat nak curi bra dan seluar kecil ni? Antaranya:

1) Orang ni akan rasa terangsang apabila dapat cium bau bra ni. Lebih-lebih lagi kalau bra tu tak basuh. Lagi la cepat dia ambil..nak-nak yang 2 minggu pakai tak basuh..hehe . Memang psycho sikit orang jenis ni. Biasanya jangka hayat bra yang dicuri tu tak lama. Lepas dah puas, terus diorang buang

2) Mungkin orang tu miskin sangat sehingga tak mampu nak beli baju dalam. Tapi aku rasa waktu sekarang ni ada ke orang miskin sangat macam tu?

3) Orang tu mungkin peminat anda, jadi dia ambil barang anda sebagai kenangan. Ini kira okey. Kalau dia ambil buat 'mandrem' atau ritual apa-apa kat bra tu. Lagi teruk akibatnya. Minta-minta dijauhkan.

4) Besar kemungkinan bra ni diambil oleh pondan. Yela..kalau nak beli kat kedai, segan pula. Sebagai jalan alternative, dia rembat la orang lain punya

5) Mungkin orang tu nak buat jualan bundle. Jualan bundle kan semua barang second hand. Lepas curi banyak-banyak. Apalagi, kena jual la..huhu

6) Mesti jenama bra korang mahal-mahal. Siapa tak suka jenama mahal. Lebih-lebih lagi kalau jenama Prada atau Levis (ada ke? aku main tikam je..hehe)

7) Diorang pinjam kejap sebab nak elak silau matahari kot. Tapi macam tak logik pun ada juga..hehe

Kalau boleh jangan la jemur waktu malam, lagi bagus jemur waktu siang sebab senang nampak orang curi ke tak. Bagi yang hilang bra atau seluar kecil, boleh buat report polis. Tapi aku rasa mesti polis tu tersenyum bila korang buat report..haha

Hah...aku dah jumpa. Siapa punya 'sotong' ni? hehe =)




p/s: pelik juga...kenapa seluar dalam lelaki tak pernah kena curi? =)

Sunday, November 22, 2009

Seksi Sebab Panas!?



Aku dapat idea ni pun apabila aku keluar pergi berjalan pastu ternampak seorang perempuan. Sungguh menggiur sekali. Seksi sehingga menjilat jari..haha Kalau orang tengok perempuan tu mesti akan toleh dua kali punya. Kalau tak, mungkin sebab iman dia kuat atau pun sebab takut bini kat sebelah..hehe

Biasanya seksi ni kita merujuk pada golongan perempuan berbanding lelaki walaupun ada juga lelaki yang seksi. Kategori seksi ni termasuk la baju nipis yang boleh nampak dalam, baju baby size, nampak alur di dada. Pakai seluar ketat. Tak pun short yang takat peha saja. Kalau badan tu berkurap aku rasa tak mungkin la diorang nak tunjukkan 'keindahan ciptaan tuhan' kan...hehe

Maksud seksi ni subjektif. Biasanya kita selalu anggap orang yang pakai baju tak cukup kain je dikira seksi. Ada juga orang beranggapan perempuan pakai baju kurung pun seksi. Ada pula yang berjubah pun dianggap seksi. Yang ni aku tak tau spesis mana pula yang anggap macam tu sekali...hehe

Aku pernah juga terbaca satu survey berkenaan hal ni. Rata-rata memberitahu bahawa mereka pakai baju ni sebab saja-saja atau pun lebih selesa pakai baju macam ni. Mungkin sebab untuk mengikut trend fashion masa kini. Lagipun ramai anak muda sekarang suka pakai baju yang berfashion trend baru. Kalau yang lawa tu kira okey la bagi aku. Tapi yang berfashion pelik macam bukan orang bumi pun ada juga. Macam-macam ragam manusia sekarang ni..

Ada juga kata cuaca sekarang semakin panas akibat pemanasan global. Jadi mereka rasa lebih selesa pakai baju yang nipis dan singkat dengan alasan dapat melancarkan peredaran udara. Mm..kalau nak diikutkan hampir semua bangunan kat Malaysia ni ada air-cond. Tak mungkin la rasa panas lagi, kalau rasa sejuk adalah juga.

"Ala..kiteorang nak fashion. Kau apa nak sibuk-sibuk. Ni baru dinamakan fashion alaf baru..."

"Gila apa alaf baru...macam orang miskin adalah. Dahlah tak cukup kain"

Fashion pun fashion juga tapi janganlah terlalu menonjol. Silap hari bulan menarik perhatian sang buaya pula, pastu gorila pun ikut join sekali...haha Lagi bagus ikut cara diajar agama sebab ada hikmah disebalik suruahan agama itu. Cuma kita saja yang tak sedar...

p/s: teringat pula berita purdah dilarang pakai di Mesir. Kenapa ya?

Thursday, November 19, 2009

Skodeng Perempuan Tunjuk 'Barangnya'

Off topik sekejap. Kira-kira seminggu aku tidak online gara-gara exam yang aku hadapi lalu. Mana tidaknya sibuk apabila tiada cuti sebagai persediaan untuk belajar sebelum peperiksaan atau dikenali dengan 'study week'. Ditambah lagi dengan peperiksaan dilakukan setiap hari. Memang tiada masa hendak 'online' dan update blog aku ni. Sekarang syukur Alhamdulillah aku berjaya melepasi hari-hari yang tertekan bagi aku dan kembali aktif.

Kembali kepada topik, aku rasa ramai orang dah mengetahui maksud skodeng. Dulu aku pun tidak mengerti maksud skodeng ni. Bagi yang tidak tahu maksud skodeng, skodeng adalah perbuatan melihat sesorang secara bersembunyi tanpa kebenaran tuan punya badan itu sendiri. Dengan kata lain maksud skodeng adalah mengintai orang. Aku tidak pasti sama ada ejaannya 'sekodeng' atau 'skodeng'. Mana-mana pun membawa kepada maksud yang sama

Kalau hendak diikutkan senarai carian bagi perkataan 'sekodeng' atau 'skodeng' di Google, terdapat lebih kurang 33,000 carian selalu dibuat di laman web tersebut. Macam-macam ada seperti skodeng perempuan, skodeng mandi, skodeng tudung dan yang menjadi pilihan skodeng artis. Biasalah orang melayu sekarang lebih berfikiran terbuka sehingga menjadikan perkataan berbaur seks sebagai carian mereka.

Sebagai contoh lain, surat khabar Metro juga telah menjadi surat khabar pilihan orang Melayu kerana setiap hari muka depannya dihiasi dengan tajuk yang panas. Kalau sekali tengok tajuk muka depan pada Metro, boleh buat pandang dua kali..hehe =P Berkenaan hal Metro, aku juga telah tulis entry pada bulan lepas...

Kalau lihat di Youtube, hasil carian perkataan skodeng pun mempunyai rating yang tinggi. Ada video yang mencapai sehingga 1,000,000 pengunjung. Kebanyakkannya melibatkan budak perempuan institut pengajian tinggi (IPT). Ada yang tidak tahu aksi perbuatan mereka telah dirakam. Malah ada juga yang sengaja merakam perbuatan mereka untuk tatapan ramai. Kadang-kadang jijik dan menyampah aku melihat orang jenis macam ni..=(

Tajuk di atas sengaja aku letakkan untuk melihat sama ada korang ni berfikiran 'kuning' atau tidak...hehe




p/s: takut jugak apabila fikirkan apa yang akan berlaku jika didapati video itu adalah salah seorang ahli keluarga kita. Malunya..


Friday, November 13, 2009

Kenapa Lelaki Suka Curang?



Akhir-akhir ni ramai pula yang mengadu dengan aku mengenai 'boyfriend' masing-masing. Rata-rata kecewa sebab dapat tahu 'boyfriend' mereka sendiri berlaku curang. Selepas lepas geram kat aku, pastu tanya aku kenapa lelaki ni suka sangat curang. Aku pun jadi hairan, aku ni bukan la pakar counseling tapi bakal doktor gigi. Kenapa mengadu kat aku? ish2..

Aku sebagai lelaki mungkin dapat mengagak kenapa lelaki curang. Tapi jangan sebabkan seorang yang berlaku curang, lelaki lain yang jadi mangsa tuduhan curang juga. Apa yang aku senaraikan ini mungkin akan menyebabkan ada orang terasa. Minta maaf aku ucapkan terlebih dahulu. Antara sebab lelaki berlaku curang:

1) Kebanyakkan lelaki tidak suka dengar leteran dari perempuan. Lebih-lebih lagi kalau kesalahan yang dilakukan itu mungkin kecil sahaja. Tak perlulah meleter berjam-jam lamanya.

2) Tidak suka peristiwa yang lepas diungkit-ungkitkan. Biasa ini berlaku apabila membuat leteran. Sudahlah berleter panjang-panjang, ditambah dengan peristiwa pahit yang diungkit-ungkitkan. Lagilah sakit hati..

3) Ada sesetengah lelaki bersikap pendiam dan kurang bersosial. Oleh sebab itu, kebiasaanya bagi lelaki jenis ini memilih perempuan yang kurang bersosial juga, tapi tidak semua macam tu. Apabila dapat tahu pasangan mereka suka bersosial, bercampur-gaul dengan lelaki lain dengan senang hati. Kebanyakkan mereka akan rasa cemburu. Tapi itu bergantung kepada individu masing-masing, ada yang tidak berperangai macam tu.

4) Lelaki tidak suka dikongkong hidupnya. Yang ini aku sering dapat aduan daripada kebanyakkan lelaki. Buat kerja ini kena report, buat kerja itu kena report. Sepanjang masa kena tahu apa yang dibuatnya. Kalau tidak reply sms, mulalah berburuk sangka. Dah jadi satu pergaduhan.

5)  Kebanyakkan lelaki suka perempuan yang lemah lembut dan sejuk mata memandang. Kalau perempuan itu ala-ala 'tomboy', ganas dan suka mencarut-carut. Memanglah tak boleh tahan

6) Yang terakhir, memang salah lelaki itu sendiri kerana tidak setia pada pasangan mereka masing-masing. Kalau jenis ini, memang tak payah layan. Buat sakit hati kaum Hawa pula.

Tidak ada seorang manusia dijadikan sempurna dalam dunia ini. Segala kelemahan dalam diri masing-masing boleh diimprovekan (betul ke perkataan ini..hehe) dan dibawa berbincang secara aman. Kalau bincang tapi huru-hara, tak best juga kan....:P

p/s: yakinlah dengan kata-kata:

'Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya'


Friday, November 6, 2009

Machokah Anda?

Kawan ni selalu sangat hisap rokok. Kalau ada perluang. mesti nak hisap sebatang. Tak taula apa yang difikirkan. Nikmat sangat ke merokok ni? Kawan ni pula pelajar perubatan, patutnya menjadi contoh kepada orang terutamanya kepada pesakit. Mungkin diorang 'stress' belajar rasanya (bersangka baik)

 Dulu aku pun pernah gak hisap sebatang tapi sekali hisap, biasalah zaman remaja, mesti nak cubakan. Yang aku dapat, rasa pahit. Terus aku buang. Masa tu ayah aku dah ternampak aku hisap, apalagi, balik je rumah terus kena sebat. Menyesal aku..taubat taknak hisap lagi..hehe

Ada juga orang cakap yang hisap rokok ni, boleh nampak macho. Yeke..tak perasaan pula. Apa pun ramai orang tahu rokok tu bahaya untuk kesihatan, tapi buat juga. Kalau nak nasihat, memang diorang tak layan sangat. Alasannya, kalau nak berhenti, kena perlahan-lahan dulu. Bila sudah kena sakit, masa tu juga nak berhenti.. :D


















p/s: ada seorang pesakit mengaku yang dulu dia ni perokok tegar, sehari hisap 30 batang. Bila aku jumpa dia masa dia sakit kanser paru-paru, dia menyesal tak berhenti merokok dulu. Kesian pula aku tengok dia..hmm


Related Posts with Thumbnails